18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

DUA BUAH BOT NELAYAN ASING LEKA MENUNDA GANDING DITAHAN

BINTULU, 4 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan dua bot nelayan asing dipercayai daripada Vietnam sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan pada jarak lebih kurang 120 batu nautika dari Kuala kemena, Sarawak sekitar jam 10.00 pagi , semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kedua-dua bot nelayan asing itu dikesan sedang leka menangkap ikan secara beriringan dan disyaki menangkap ikan secara tunda ganding sehinggakan tidak menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia. Kedua-dua bot nelayan asing tersebut berjaya ditahan bersama dengan kesemua kru.

Hasil penggeledahan mendapati 20 orang kru termasuk tekong pada bot pertama dan tiga orang kru termasuk tekong pada bot yang kedua. Kesemua kru yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta gagal mengemukakan lesen bot yang sah serta tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di Perairan Malaysia. Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 48 tahun, lelaki dan merupakan warganegara Vietnam.

Muatan hasil laut pelbagai kategori seperti ikan campur, ikan baja dan sotong berjumlah lebih kurang 25 ribu kilogram berjaya disita bersama-sama dengan vesel, peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM 2.5 juta.

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi enam juta ringgit bagi empunya atau nakhoda dan enam ratus ribu bagi taip-tiap anggota kru jika disabitkan bersalah.

Keadah penangkapan ikan secara tunda ganding adalah kaedah yang tidak dibenarkan di Malaysia kerana implikasi terhadap ekosistem marin sangat besar. Ini adalah kerana, kebiasaanya kaedah ini melibatkan kawasan tangkapan yang besar serta menangkap hasil laut iaitu ikan-ikan yang masih belum matang. Malahan, ia juga boleh merosakkan batu karang sekiranya ditangkap dikawasan laut yang tidak dalam.

Maritim Malaysia memandang serius berkaitan isu tersebut dan pada tahun ini Maritim Malaysia, khasnya Zon Maritim Bintulu telah menahan sembilan buah bot nelayan asing iaitu daripada Negara Vietnam.

Maritim Malaysia mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan amat mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2022 11 04 at 5.30.49 PM    WhatsApp Image 2022 11 07 at 10.10.35 AM 1
Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC