22
Wed, Apr

SAREX MENAUL LEVEL 2 | TABLE TOP LIBATKAN 160 PESERTA DARI 25 AGENSI DAN JABATAN

MIRI, 9 OKTOBER – Selaku agensi yang menerajui fungsi Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) di laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah menganjurkan satu eksesais CARILAMAT 'Search and Rescue Exercise (SAREX) Menaul Level 2 - Table Top' selama dua hari bermula pada 7 dan 8 Oktober bertempat di Hotel Meritz Miri.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, latihan ini telah melibatkan 160 peserta dari 25 agensi keselamatan kerajaan, jabatan, swasta serta persatuan ini diadakan bagi membincangkan prosedur tetap mencari dan menyelamat serta Standard Prosedur Operasi (SOP) sedia ada.

Jelas beliau, SAREX merupakan latihan berjadual yang melibatkan kerjasama antara agensi dengan objektif utamanya ialah memperkasakan koordinasi dalam melaksanakan misi CARILAMAT di laut.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup SAREX Menaul Level 2 - Table Top di sini semalam.

Turut hadir sama Pengarah Malis Keselamatan Negara Negeri Sarawak Encik Mohammad Haffizie Bin Putit, Residen Bahagian Miri Tuan Haji Jamali Bin Haji Busri,Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Khairol Annuar Bin Saad, Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sarawak Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Pengarah Bomba Zon 6 Miri PGKB I Ismadi Bin Haji Ismail, Ketua Wilayah III Perikanan Encik Muhammad Sani Bin Suliansa serta Timbalan Pengarah Unit SAR CAAM Encik Vannan A/L Ketena Samy.

Terdahulu Kamal memaklumkan, insiden bagi eksesais pada kali ini berbeza dari tahun sebelumnya, di mana senario yang dipilih melibatkan sebuah pesawat komersial peribadi yang membawa dua kru serta enam penumpang telah hilang di perairan Miri.

Senario insiden melibatkan pesawat terhempas di laut merupakan eksesais yang pertama dianjurkan oleh Maritim Malaysia.

Oleh yang demikian, merujuk kepada arahan Nadma No.1, dasar dan mekanisma pengurusan bencana negara edisi 2024, operasi CARILAMAT telah dikoordinasikan oleh pihak agensi Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) selaku agensi utama yang bertanggungjawab dalam pengendalian insiden pesawat di perairan negara.

Manakala Maritim Malaysia telah bertindak sebagai agensi yang membantu dalam melaksanakan pencarian di laut bersama agensi penyelamat yang lain.

Melalui eksesais seumpama ini, ianya akan dapat menjelaskan peranan dan tanggungjawab agensi serta jabatan berkaitan sekiranya berlakunya insiden seumpama ini pada masa akan datang.

Persefahaman di antara kesemua agensi dan jabatan yang terlibat adalah amat penting dalam mengendalikan insiden seumpama ini agar setiap agensi dan jabatan mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing sekiranya kemalangan seperti ini berlaku.

Latihan-latihan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar kecekapan dan tindak balas daripada semua agensi CARILAMAT sentiasa pada tahap yang tertinggi ujar beliau lagi.

 

WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.45 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.46 AM
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.48 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.49 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON