22
Wed, Apr

BOT NELAYAN KELAS B BEROPERASI MENGGUNAKAN KRU ASING TANPA PERMIT

LUMUT, 9 OKTOBER – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak kerana melakukan pelbagai kesalahan bersama tiga nelayan warga asing di kedudukan 8.3 batu nautika barat laut Batu Malang, Perak kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan di sekitar perairan negeri Perak.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong serta dua kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 23 hingga 36 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, bot tidak diusahakan sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia selain kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana tidak usaha sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan ditahan bersama bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah diwartakan kerajaan dan tidak akan berkompromi mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT LUMUT TGKP 2
 
BOT LUMUT TGKP 4
 
BOT LUMUT TGKP 3
 
BOT LUMUT TGKP 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON