10
Wed, Jun

RADAS TAMAT TEMPOH, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 10 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju sekitar pukul 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan tempatan yang sedang belayar menuju perairan Bintulu.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot nelayan tersebut dikendalikan oleh lima orang kru warganegara Indonesia termasuk nakhoda yang berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun.

Bot nelayan tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta komunikasi Dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh yang boleh dikenakan hukuman denda.

Bot nelayan tempatan berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat serta aduan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun insiden kemalangan di laut, boleh menyalurkannya secara terus ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau di talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

 

VNT BINTULU2
 
VNT BINTULU

GAGAL MEMPAMERKAN DOKUMEN YANG SAH, DUA OFFSHORE SUPPORT VESSEL DITAHAN

MIRI, 13 APRIL - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan dua offshore support vessel di kedudukan 9.4 batu nautika barat Tanjung Lobang.

Penahanan itu dibuat atas dua kesalahan iaitu gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan serta gagal mempamer dan mengemukakan dokumen Domestic Shipping License (DSL) yang sah setelah diperiksa anggota operasi Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, offshore support vessel berkenaan telah ditahan pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR, OP TIRIS 3.0 dan OP KHAS PAGAR LAUT di antara pukul 6.25 dan 6.46 petang semalam.

Menurutnya lagi, Offshore Support Vessel itu dikendalikan oleh dua belas kru termasuk nakhoda warga tempatan dan Indonesia berumur dalam lingkungan 32 hingga 63 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Vesel dan kesemua yang ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan dan gagal mempamer dan mengemukakan Domestic Shipping License (DSL) semasa diperiksa

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan negara.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

OFFSHORE DITAHAN
 
OFFSHORE DITAHAN3

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN KERANA LANGGAR SYARAT SAH LESEN

TANJUNG MANIS, 10 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang sedang menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 4 batu nautika barat Tanjung Manat sekitar pukul 10.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, tangkapan dilakukan hasil daripada rondaan berterusan di sekitar kawasan hot spot yang telah dikenal pasti sejak awal musim perayaan berlangsung.

Hasil pemeriksaan awal ke atas bot berkenaan mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga orang awak-awak warganegara Indonesia.

Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

Bot serta awak-awak ditahan dan diiring masuk ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh salurkan ke Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35727765 atau di talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang sedang menangkap ikan di kedudukan lebih kurang empat batu nautika barat Tanjung Manat pada sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, tangkapan dilakukan hasil daripada rondaan berterusan di sekitar kawasan hot spot yang telah dikenal pasti sejak awal musim perayaan berlangsung.

Hasil pemeriksaan awal ke atas bot berkenaan mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga orang awak-awak warganegara Indonesia.

Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat.

Bot serta awak-awak ditahan dan diiring masuk ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh salurkan ke Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Tanjung Manis melalui talian 011-35727765 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

TG MANIS LESEN2

OP KHAS PAGAR LAUT | KANTOI TIDAK BEROPERASI MENGIKUT SYARAT LESEN, VNT KELAS C DITAHAN

PULAU PINANG, 11 APRIL - Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan telah ditahan oleh kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 18 batu nautika barat daya Pulau Kendi Pinang pada pukul 4.00 petang baru-baru ini.

Menurut pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Razali bin Kasim, VNT berkenaan tidak sepatutnya berada di posisi itu kerana bot seumpama itu perlu berada di kawasan yang dinyatakan mengikut syarat lesen.

“VNT yang mempunyai pukat tunda itu menimbulkan tanda tanya anggota penguat kuasa akan aktiviti perikanan yang dilaksanakan di kedudukan tersebut.

“Justeru, kapal peronda yang pada ketika itu sedang melaksanakan Ops Khas Pagar Laut 1/2025 terus merapati dan mengeledah mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Razali.

Penggeledahan yang dilaksanakan itu membuahkan hasil apabila didapati VNT terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu tidak mempunyai kebenaran bertulis menggunakan kru bukan warganegara tempatan dan mengikut Seksyen 15 (1) iaitu tidak memiliki permit yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Pemeriksaan lanjut mendapati, VNT terbabit itu dikendalikan oleh lima orang kru Myanmar dan seorang tekong warga Thailand berumur antara 28 hingga 60 tahun. Kesemua mereka ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

Operasi Khas Pagar Laut 1/2025 tetap diteruskan dengan mengatur gerak aset bagi melakukan rondaan di sekitar kawasan operasi Maritim Negeri ketika musim perayaan.

Komuniti maritim juga dinasihatkan supaya mematuhi keselamatan di musim cuaca yang tidak menentu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau aduan berkenaan aktiviti yang mencurigakan di perairan Pulau Pinang, orang ramai diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

VNT DITAHAN
 
VNT DITAHAN2

OP NAGA TERUS HALANG PENCEROBOHAN VESEL NELAYAN ASING

MELAKA, 10 APRIL – Kedaulatan perairan negara terus dipertahankan tanpa kompromi apabila Op NAGA memasuki fasa baharu dengan penyelarasan taktikal yang lebih agresif dan bersepadu bagi membanteras pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) ke dalam Zon Maritim Malaysia.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, Op NAGA ini bukan sekadar operasi biasa, tetapi ia adalah operasi bersepadu pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa dalam menangkis ancaman pencerobohan laut khususnya di Laut China Selatan oleh vesel penangkapan ikan asing yang mengancam kedaulatan, keselamatan dan sumber ekonomi negara.

Op NAGA juga untuk membanteras aktiviti penangkapan ikan secara haram yang tidak dilapor dan tidak dikawal selia (IUU Fishing) kerana ia bukan sahaja merugikan industri perikanan tempatan negara tetapi ia juga menjejaskan ekosistem maritim negara disamping merupakan pencabulan kepada sempadan maritim negara kita.

Justeru jelas beliau, kerjasama semua pihak sama ada pasukan keselamatan mahupun agensi sokongan amat perlu, dalam usaha mempertingkatkan pengawasan dan tindakan proaktif dalam membanteras aktiviti jenayah ini di perairan negara.

“Kita bukan hanya menangkap penceroboh, kita juga ingin menghantar mesej jelas, bahawa perairan Malaysia bukan untuk diceroboh sesuka hati,” tegas Mohd Zawawi.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Op NAGA Bil. 1/2025 di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf, Operasi dan Latihan, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef), Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab Timbalan Pengarah Kastam, Tuan Mohd Nasir bin Mustapha dan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis Haji Noor Azman bin Haji Jamal.

Mohd Zawawi dalam pada itu menegaskan, kerjasama strategik antara pasukan keselamatan dan agensi sokongan menjadi tunjang kejayaan Op NAGA yang kini memasuki tahun keenam sejak digerakkan pada April 2019.

Sehingga Disember 2024, Op NAGA telah berjaya mencatatkan keseluruhan tangkapan sebanyak 619 kes. Manakala nilai keseluruhan lucut hak, denda dan lelong adalah berjumlah RM141,789,783.36 juta ringgit. Nilai keseluruhan tangkapan ini diharapkan dapat memberikan Return Of Investment (ROI) sepanjang pelaksanaan Op NAGA ini kepada Kerajaan Malaysia.

“Jumlah itu bukan sekadar angka, ia adalah pulangan besar terhadap pelaburan kerajaan dalam keselamatan maritim, melibatkan sumber negara, pendapatan nelayan tempatan dan maruah perairan kita sendiri,” tambah beliau.

Op NAGA menyaksikan penglibatan besar-besaran 14 pasukan operasi dan agensi sokongan yang terdiri dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara dari PDRM, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS), Taman-taman Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Mesyuarat kali ini turut membincangkan pemerkasaan aset strategik, pelaksanaan operasi bersepadu lebih efisien, pengukuhan risikan serta pendekatan jangka panjang yang mampu melonjakkan keberkesanan penguatkuasaan maritim negara.

Sementara itu Maritim Malaysia turut menegaskan, pihaknya akan memastikan tiada sebarang anasir asing yang cuba menggugat perairan negara, dengan memperkasakan rondaan di sekitar perairan negara.

 OP NAGA2
 
OP NAGA3
 
OP NAGA4
 
OP NAGA

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON