10
Wed, Jun

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN

PASIR PUTEH, 4 MEI – Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan satu operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) segera bagi membantu seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami serangan asthma di Pulau Perhentian, semalam.

Operasi tersebut dijalankan selepas Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian kira-kira pukul 12.15 tengahari, memohon bantuan pemindahan segera pesakit bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya membawa pesakit, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ke Jeti Penumpang Kuala Besut dalam tempoh kurang satu jam sebelum dikejarkan ke Hospital Besut dengan menaiki ambulans untuk rawatan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten MaritimErwan Shah bin Soahdi berkata, tindakan segera itu dilakukan kerana keadaan pesakit yang semakin lemah dan memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

"Kami bertindak pantas setelah menerima maklumat. Kerjasama semua pihak membolehkan pesakit berkenaan dibawa ke Hospital Besut dengan segera,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim, khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil atau pulau yang sukar diakses.

"Orang ramai disaran untuk sentiasa peka dengan keadaan kesihatan masing-masing dan tidak teragak-agak menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan,” tambah beliau.

 

 BANTU PERHENTIAN
 
BANTU PERHENTIAN2
 
BANTU PERHENTIAN4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON