25
Sat, Jul

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DUA NELAYAN DIKHUATIRI HILANG MEMASUKI HARI KEDUA

BINTULU, 7 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan dilaporkan hilang selepas vesel yang dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Payung memasuki hari kedua.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi hari kedua ini telah melibatkan penglibatan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 
Keluasan pencarian hari kedua adalah seluas 35.28 batu nautika persegi melibatkan aset-aset dari Maritim Malaysia dan PDRM.
Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pelabuhan Bintulu untuk mengkoordinasikan operasi CARILAMAT bersama agensi sahabat.
“Empat mangsa yang telah diselamatkan pada malam semalam telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Nyabau Bintulu untuk menerima rawatan lanjut dan operasi untuk mencari dua lagi mangsa terus dipergiatkan dengan bantuan aset dari agensi sahabat,” katanya lagi.
Bot ronda Maritim Malaysia telah menemukan vesel nelayan yang karam di kedudukan 3 batu nautika barat laut Kuala Suai pada pukul 11.35 pagi. Penandaan kedudukan vesel yang karam itu telah dilakukan oleh anggota bot untuk kerja-kerja penyelaman oleh Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia.
Operasi pada hari kedua ini telah melibatkan penglibatan seramai 31 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi, walaupun keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak 1.5 meter ke 2.5 meter tidak menjadi penghalang untuk operasi diteruskan.
Maritim Malaysia turut menasihati komuniti maritim agar tidak keluar ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan undang-undang pelayaran bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314 254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) untuk tindakan segera.


CARILAMAT SWK2
 
CARILAMAT SWK4
 
CARILAMAT SWK5
 
CARILAMAT SWK6



MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN WARGA ASING MASUK LABUAN GUNA VESEL NELAYAN

LABUAN, 6 NOVEMBER – Tindakan pantas penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah vesel nelayan yang membawa dua wanita warga Filipina dengan dokumen pengenalan diri yang meragukan di perairan Labuan, semalam.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi bin Hj Idros berkata, penahanan tersebut dibuat hasil maklumat risikan yang diperoleh serta pemantauan berterusan dalam pelaksanaan OP SEJAHTERA 1/2022 dan OP TIRIS 3.0.
“Kira-kira jam 5.30 pagi, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah vesel nelayan yang mencurigakan sebelum merapat untuk melakukan pemeriksaan,”
“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan membawa dua penumpang wanita warga Filipina dengan dokumen pengenalan diri yang diragui kesahihannya, manakala nakhoda bot merupakan pemegang dokumen Pas Lawatan Sosial IMM13,” jelas beliau.
Vesel itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
Nakhoda bersama dua penumpang wanita, dokumen pengenalan diri serta vesel nelayan terbabit telah ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Labuan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Izwanhadi turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan risikan di sekitar perairan Labuan bagi mengekang aktiviti pemerdagangan orang, penyeludupan migran serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Jelas beliau lagi, Maritim Malaysia komited serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang maritim negara.
Orang ramai diseru agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan melalui talian 087-427999 bagi untuk maklum balas segera.


LABUAN VESSEL

DUA NELAYAN HILANG SELEPAS VESEL TERBALIK AKIBAT LAUT BERGELORA DI BINTULU

BINTULU, 6 NOVEMBER – Dua nelayan dilaporkan hilang selepas vesel yang dinaiki mereka terbalik akibat laut bergelora dan angin kencang kira-kira tiga batu nautika barat laut Tanjung Payung, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching selepas pihaknya menerima laporan daripada nakhoda kapal tunda TB. SWEE sekitar pukul 6.15 petang, yang memaklumkan telah menyelamatkan empat mangsa vesel karam di lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Nasri Harun memberitahu vesel nelayan kelas C yang mereka naiki karam akibat keadaan laut bergelora, dan dua lagi rakan mereka masih belum ditemui.

Berikutan itu, MRSC Kuching segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dan bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke kawasan kejadian bagi menjalankan operasi pencarian.

“Empat mangsa yang diselamatkan kini dalam pelayaran ke Pelabuhan Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Salah seorang mangsa mengalami kecederaan di tangan dan dagu,” katanya lagi.

Maritim Malaysia turut menasihatkan semua komuniti maritim agar tidak keluar ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan undang-undang pelayaran bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2025 11 06 at 9.30.32 AM 1
 
WhatsApp Image 2025 11 06 at 9.30.31 AM

CEROBOH PERAIRAN NEGARA, DUA VESEL NELAYAN ASING DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 6 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan dua vesel nelayan asing Indonesia kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua vesel itu ditahan oleh Maritim Malaysia ketika rondaan operasi dalam OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS di perairan Selangor, pagi semalam.

“Kedua-dua vesel nelayan asing itu ditahan pada jam 11.00 pagi dan 11.30 pagi di kedudukan 12.7 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong,”

“Pemeriksaan awal mendapati, setiap vesel masing-masing dikendalikan oleh seorang tekong, bersama empat kru berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun,” jelas Muhaimin.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua bot tersebut berasal dari Indonesia dan kesemua kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot bersama kru yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana vesel nelayan asing yang memasuki dan melakukan penangkapan ikan di perairan negara tanpa kebenaran,” tegas Muhaimin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan sebarang aktiviti mencurigakan di laut boleh menyalurkannya menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (013-6606652) untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2025 11 06 at 2.46.16 PM
 
WhatsApp Image 2025 11 06 at 2.45.12 PM
 
WhatsApp Image 2025 11 06 at 2.43.28 PM
 
WhatsApp Image 2025 11 06 at 2.42.57 PM

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA SEORANG WARGA EMAS BATUK BERDARAH

MERSING, 5 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi membantu seorang penduduk Pulau Aur untuk mendapatkan rawatan segera setelah disyaki mengalami batuk berdarah pada pukul 4.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, pengadu, Puan Sabina binti Seth, 48, ketua kampung Pulau Aur telah membuat panggilan kecemasan memohon bantuan Zon Maritim Mersing untuk membawa pesakit terbabit ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera.

Beliau menambah, kapal Maritim Malaysia KM RHU telah diatur gerak ke Pulau Aur untuk memberikan bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) yang turut disertai seorang Pegawai Perubatan Hospital Mersing bagi mengiringi pesakit berkenaan.

Pesakit merupakan seorang lelaki warga emas, Mohd Safie bin Mahat, 61, dipindahkan dari kapal Maritim Malaysia KM RHU ke bot Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) daerah Mersing PTL 18 supaya mangsa lebih mudah dipindahkan ke jeti kerana atas faktor pasang surut air laut ketika itu.

Mangsa berjaya dipindahkan oleh bot ronda PTL 18 di jeti Syahbandar Mersing pada pukul 4.35 pagi tadi.

Beliau kemudiannya ltelah dibawa ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulan untuk menerima rawatan lanjut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529 / 011-53226060 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

MERSING WARGA2
 
MERSING WARGA3
 
MERSING WARGA4

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON