KEMAMAN, 12 NOVEMBER – Enam nelayan ditahan selepas disahkan positif dadah dalam Operasi Khas Bersama yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kemaman, hari ini.Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah, berkata operasi dijalankan bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti nelayan.“Sebanyak 10 bot nelayan diperiksa, dan 44 individu menjalani ujian saringan air kencing oleh pihak AADK,”“Hasilnya, enam individu disahkan positif dadah dan diserahkan kepada AADK Kemaman untuk tindakan lanjut di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.Tambah beliau, operasi ini adalah inisiatif bersepadu antara agensi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada ancaman penyalahgunaan bahan terlarang yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti maritim.“Selain penguatkuasaan, kerjasama strategik ini turut memberi penekanan kepada pendekatan pencegahan dan pendidikan, termasuk sesi penerangan secara langsung kepada nelayan di lokasi operasi,” jelasnya lagi.Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kemaman, Encik Mohd Shukry Bin Samsudin, yang turut serta dalam operasi ini menegaskan, pihak AADK komited meneruskan kerjasama dengan Maritim Malaysia untuk memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan serta diberi peluang menjalani proses pemulihan.Operasi khas tersebut melibatkan pegawai dan anggota kedua-dua agensi dengan penggunaan aset laut bagi memperkukuh pemantauan di perairan Kemaman.













