11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIR KE MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT AGENSI-AGENSI PERSEKUTUAN KE ATAS TYT NEGERI SARAWAK

KUCHING, 13 SEPTEMBER – Maritim Negeri Sarawak telah dijemput untuk menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, Kuching pada 11 September (Rabu).

Pertemuan julung kalinya ini memberi peluang kepada Maritim Negeri Sarawak menyembah maklum akan fungsi dan peranan serta tanggungjawab Maritim Malaysia terutamanya berkaitan penguatkuasaan dan operasi CARILAMAT (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan perairan negara.

Majlis tersebut melibatkan kehadiran 26 Ketua-ketua Jabatan atau Pengarah dari agensi Kerajaan Persekutuan dalam Sektor Keselamatan di Negeri Sarawak.

Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah diwakili oleh Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Pengarah-pengarah Zon Maritim Negeri, Pegawai Memerintah Kapal KM TUN FATIMAH, Kepten Maritim Iszuadi Bin Mohamad Hassan.

Turut hadir ialah Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Sarawak, Puan Haffiza binti Jemali, Timbalan Pengarah Siasatan Maritim Negeri, Leftenan Komander Maritim Ahmad Faiz bin Mohd Basri, Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri, Leftenan Maritim Bracewell Anak Brown serta Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia Maritim Negeri, Cik Tan Kim Sze.

 

KUNJUNG HORMAT TYT 3
 
KUNJUNG HORMAT TYT 4
 
KUNJUNG HORMAT TYT 7
 
KUNJUNG HORMAT TYT

MARITIM MALYSIA LAWAT KAMPUNG BENG DALAM, PERSIAPAN SEHARI BERSAMA PENDUDUK

LENGGONG, 12 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal mengadakan Program Sehari Bersama Penduduk Kampung Beng Dalam, Lenggong, Perak pada 12 Oktober nanti.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Mohd Nasir bin Mohamad Mazlan berkata, program ini dianjurkan bagi menyahut inisiatif Kampung Angkat KDN MADANI dalam menunjukkan keberadaan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di samping mendekatkan Agensi ini dengan masyarakat, khususnya penduduk Kampung Beng Dalam dan kawasan sekitar.

Justeru ujar beliau, beberapa aktiviti bakal dilaksanakan seperti penyelenggaraan surau, pembersihan kawasan perkuburan, pembaikan pondok tanah perkuburan dan kenduri rakyat pada hari tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Perak yang mewakili Pengarahnya, Encik Hailnizam bin Mohd Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Nik Kamaruddin bin Yunoh serta Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana Binti Fadzil.

Terdahulu beliau bersama pegawai Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Maritim Negeri Perak telah mengadakan lawatan tapak bagi melihat keperluan dan kesesuaian aktiviti yang boleh dilaksanakan sempena program tersebut.

Beliau dalam pada itu turut berkata, melalui program ini ia secara tidak langsung akan mendedahkan kepada masyarakat tempatan mengenai peranan dan tanggungjawab Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Program Sehari Warga Maritim Malaysia Bersama Penduduk Kampung Beng Dalam ini dijangka akan dihadiri pegawai dan anggota Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Maritim Negeri Perak.

 

KG BENG
 
KG BENG 3
 
KG BENG 4
 
KG BENG 5

PEMANGKU KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI MAJLIS ASPIRASI KEPIMPINAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

PUTRAJAYA, 10 SEPTEMBER – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menghadiri Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya, hari ini.

Majlis yang diadakan itu adalah bagi menyampaikan amanat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dalam melaksanakan gagasan baharunya menerusi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Menerusi majlis itu, beliau turut menekankan amanat dalam lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.

KSN ASPIRASI 2   KSN ASPIRASI 3   KSN ASPIRASI 4   KSN ASPIRASI 5

KM GAGAH BAKAL PERKUKUHKAN PENGOPERASIAN MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 11 September – Setelah menjalani Repowering Jentera Utama dan Refit selama 20 bulan, Kapal Maritim (KM) GAGAH milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diserahkan kepada Agensi ini dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Limbungan, UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Lumut, Perak Darul Ridzuan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Kepten Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin berkata, kejayaan projek perolehan Repowering Jentera Utama dan Refit ini dijalankan oleh UniKL Resources Sdn. Bhd. untuk Maritim Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) dan Glide Marine Sdn. Bhd. Adalah menunjukkan keprihatinan Menterinya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dalam memastikan aset Maritim Malaysia sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersiap sedia menjaga keselamatan perairan negara.

Ujar Kepten Maritim Mohd Rizal, kerja-kerja penyelenggaraan KM GAGAH telah menggunakan tenaga pakar dari UniKL MIMET dan tenaga mahir tempatan dari pemain industri selain projek ini turut dipantau oleh Ship Classification Malaysia (SCM) yang memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut piawaian antarabangsa.

Katanya lagi, projek ini juga telah membuka peluang kepada 117 orang mahasiswa UniKL MIMET untuk mempelajari dan memahami kaedah sesuatu projek bertaraf industri sebenar, dilaksanakan melalui konsep Teaching Factory. Ini memberikan mereka pendedahan secara langsung kepada proses dan teknologi yang digunakan dalam penyelenggaraan kapal.


Selain itu, seramai Sembilan orang protégé dari alumni UniKL MIMET turut terlibat di dalam projek ini.

Jelas beliau, dengan adanya KM GAGAH yang akan kembali beroperasi, ia sekaligus akan membantu Maritim Malaysia memperkukuhkan lagi pengoperasian Agensi ini seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di perairan negeri Perak sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan KM GAGAH Bagi Perolehan Repowering Jentera Utama Dan Refit Maritim Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah MARA Negeri Perak, Prof. Ir. Dr. Azmi bin Hassan, Timbalan Presiden Jaringan Antarabangsa, Industri & Institusi, Universiti Kuala Lumpur, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Cawangan Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan, Encik Anuar bin Berahim, Pengurus Besar, UniKL Resources Sdn. Bhd., Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Prof. Madya Ts. Komander (B) Dr. Aminuddin bin Md Arof, Dekan, UniKL Institute of Marine Engineering Technology dan Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi bin Mohd Zin, Pegawai Memerintah KM GAGAH.

Dalam pada itu, Pengurus Besar UniKL Resources Sdn. Bhd, Encik Anuar bin Berahim memaklumkan, KM GAGAH telah siap dibaik pulih sepenuhnya di limbungan UniKL MIMET pada 10 September lalu dan telah melalui fasa Harbour Acceptance Trial (HAT) pada 23 Ogos 2024 serta Sea Acceptance Trial (SAT) pada 28 Ogos 2024 yang lalu di Selat Melaka.

Beliau juga berkata, KM GAGAH kini berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu tujuh hari tanpa ulang bekal serta mampu mencapai kelajuan sehingga 21.7 knot.

Beliau berharap KM GAGAH akan mampu memberikan outcome dan nilai pulangan pelaburan (ROI) kepada kerajaan melalui penguatkuasaan yang bakal dijalankan kelak selain mampu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan yang berlaku di kawasan perairan negara khususnya di Selat Melaka.

Berukuran 39.5 meter panjang, 7 meter lebar dan 221 tan berat mempunyai kapasiti kru seramai 27 orang, kapal peronda ini turut dilengkapi dengan sebuah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) serta didatangkan bersama radar i-band bagi memastikan pemantauan secara meluas dapat dilaksanakan di perairan negara.

 

WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.13 PM 2
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.14 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 4.59.18 PM
 
WhatsApp Image 2024 09 11 at 5.15.12 PM 1

.

24 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT, 37 ANGGOTA TERIMA REBEN PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 10 SEPTEMBER – Seramai 24 orang pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kenaikan pangkat melibatkan 12 orang pegawai ke pangkat Leftenan Komander Maritim gred T18 dan selebihnya ke pangkat Leftenan Maritim gred T16 daripada Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia pada pagi tadi.

Datuk Saiful Lizan berkata, majlis ini diadakan bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

Jelas beliau lagi, kenaikan pangkat ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi ia juga datang bersama tanggungjawab dan amanah lebih besar yang harus dipikul oleh mereka.

"Setiap pangkat yang disarungkan adalah simbol kepercayaan dan tanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.

Saya berharap setiap pegawai akan terus berusaha mempertingkatkan kemahiran dan ilmu untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim di sini hari ini.

Turut hadir sama Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Hj Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Datuk Saiful turut memaklumkan, Majlis Pemakaian Pangkat pada kali ini hanya melibatkan pegawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia sahaja dan ia telah dilaksanakan secara serentak di peringkat Pejabat Maritim Negeri masing-masing.

Selain pemakaian pangkat, pada majlis yang sama seramai 37 orang anggota Maritim Malaysia telah diperakukan untuk menerima Reben Penghargaan Khas Ketua Pengarah (R.K.P) sebagai penghargaan di atas perkhidmatan yang telah diberikan mereka dalam Maritim Malaysia.

 

PANGKAT PEGAWAI 2
 
PANGKAT PEGAWAI 3
 
PANGKAT PEGAWAI 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC