KOTA KINABALU, 21 JUN – Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau singkatannya J3KAT Timur Siri 1/2024 dan Initial Planning Conference (IPC) Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 telah diadakan di Wisma Kejora, Pangkalan TLDM, Sepanggar dekat sini pagi tadi.
Mesyuarat yang dihoskan oleh TLDM ini merupakan pertemuan pertama pada tahun ini di bawah platform J3KAT dalam usaha merancang pelaksanaan operasi, kerjasama dan eksesais secara bersama.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Perancangan dan Kontigensi, Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM, Kepten Mohammad Fairuz bin Hassan dan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kepten Maritim Boon Chin Chau.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah bagi mewakili Maritim Negeri Sarawak dan Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari.
Antara inti pati mesyuarat adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan interoperability bersama antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam melaksanakan eksesais dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama yang meliputi bidang-bidang yang telah dipersetujui secara bersama.
Untuk rekod, Eksesais Samudera Perkasa Timur merupakan siri latihan tahunan yang dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara TLDM dan Maritim Malaysia di Wilayah Timur (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).
Penganjuran Eksesais Samudera Perkasa Timur pada tahun ini diberi mandat kepada TLDM.
Eksesais ini adalah kali kedua diadakan dan bakal dilaksanakan pada September ini di mana sekretariat bersama adalah terdiri daripada Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan yang diketuai oleh Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.
Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak bersetuju dan berharap agar eksesais seperti ini dapat diteruskan kerana selain menjadi platform bertukar ilmu dan pandangan mengenai sempadan perairan negara, usaha ini juga dapat mempertingkatkan keupayaan menjaga kedaulatan negara agar terus terpelihara.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

