11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MENTERI DALAM NEGERI HADIR MELAWAT KESIAGAAN OPERASI STESEN UDARA MARITIM SUBANG

SUBANG, 6 NOVEMBER - Menteri Dalam Negeri (MDN), Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail hari ini mengadakan lawatan kesiagaan operasi ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Lawatan bertujuan untuk melihat kesiagaan Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia dalam menghadapi monsun timur laut yang mula memasuki fasa permulaan ketika ini.

Monsun timur laut bakal mengakibatkan beberapa negeri dan kawasan bakal dilanda hujan lebat berpanjangan seterusnya memungkinkan banjir berlaku.

Maritim Malaysia, meskipun bertanggungjawab di Zon Maritim Malaysia namun kesiagaan agensi ini turut ditagih bagi berhadapan situasi luar jangka terutama daripada sokongan logistik dan bantuan medevac apabila banjir berlaku.

Seramai 50 warga SUMS berkesempatan bertemu bersama MDN. Usai meninjau kesiagaan aset aset udara Maritim Malaysia, MDN berkesempatan memberi perutusan amanatnya kepada petugas barisan hadapan Maritim Malaysia agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Menyambut ketibaan MDN ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta diiringi Pengarah Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam dan Ketua SUMS, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan.

 

MDN SUMS
 
MDN SUMS 3
 
MDN SUMS 5
 
MDN SUMS 6

NIOSH LAKSANA AUDIT ABMS MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 6 NOVEMBER – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah memulakan Audit Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001: 2016 ke atas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam bin Mustapa berkata, pelaksanaan audit ini bagi memperkukuhkan lagi integriti serta ketelusan warganya dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Jelas beliau lagi, audit ini bertujuan bagi menilai tahap pematuhan Maritim Malaysia terhadap piawaian antarabangsa dalam pengurusan anti rasuah serta mengkaji ruang penambahbaikan dalam sistem dan prosedur pengurusan Agensi ini.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001:2016 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Menurut beliau, pelaksanaan audit ini juga merupakan langkah penting ke arah memantapkan lagi kawalan dalaman dan memperkukuhkan budaya kerja yang beretika di Agensi ini.

"Audit ABMS ini bukan sahaja akan melihat pematuhan terhadap MS ISO 37001:2016, malah turut memberi panduan dalam mengenal pasti peluang penambahbaikan yang mampu memantapkan sistem pengurusan anti-rasuah kami,” katanya.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan audit yang bermula 6 hingga 8 November nanti, NIOSH akan meneliti pelbagai aspek pengurusan dalam Maritim Malaysia termasuk dasar anti rasuah, proses pemantauan risiko rasuah, pelaporan serta tindakan pengawalan yang dilaksanakan oleh agensi ini.

Proses audit ini akan melibatkan pemeriksaan dokumen, sesi temu bual bersama pegawai yang berkaitan, dan pemerhatian terhadap pelaksanaan prosedur di bahagian-bahagian terpilih.

Sesi penutup audit dijadualkan berlangsung pada 8 November 2024, di mana NIOSH akan membentangkan laporan berkenaan pematuhan Maritim Malaysia terhadap standard yang ditetapkan.

 

NIOSH ABMS 6
 
NIOSH ABMS 4
 
NIOSH ABMS 7
 
NIOSH ABMS 8

 

MARITIM MALAYSIA SERTAI KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA (KUAM) 2024

BATU BERENDAM, 3 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024, bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang berlangsung selama empat hari bermula 31 Oktober lalu dan tamat pada hari ini.

KUAM 2024 siri kali ini, Maritim Malaysia telah membawa aset udara, helikopter AS365N3 dalam pameran statik pesawat yang juga turut ditugaskan sebagai pesawat siap sedia bantuan kecemasan sepanjang karnival berlangsung.

Selain itu, di reruai pameran Maritim Malaysia menyajikan pelbagai replika aset laut dan udara seperti kapal, bot ronda, dan pesawat bagi menggambarkan peranan dan kemampuan pengawasan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara termasuk peluang kerjaya dalam bidang ini.

Seramai lebih 2,563 pengunjung telah hadir ke reruai Maritim Malaysia dalam tempoh empat hari tersebut. Pameran ini memberi inspirasi kepada generasi muda yang berminat untuk berbakti kepada negara di sektor keselamatan dan penguatkuasaan maritim.

Karnival ini turut meriah dengan lawatan istimewa Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka, selepas solat Jumaat yang meluangkan masa menandatangani buku tetamu di reruai Maritim Malaysia.

Manakala pada majlis perasmian semalam, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abdul Aziz menerima cenderamata penghargaan daripada Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh atas kerjasama erat Maritim Malaysia dalam menjayakan karnival ini.

Acara perasmian turut dimeriahkan dengan gimik “flying pass” pesawat CL415MP Bombardier, diikuti dengan terjunan pasukan PARA dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan antarabangsa serta sokongan masyarakat, KUAM 2024 bukan sahaja menyemarakkan semangat penerbangan dan keselamatan udara, tetapi juga memperkukuh kesedaran rakyat terhadap peranan penting sektor maritim dalam mempertahankan perairan negara.

 

KUAM MELAKA 8
 
KUAM MELAKA 9
 
KUAM MELAKA 6
 
KUAM MELAKA 7

 

 

 

 

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH LOGISTIK MARITIM MALAYSIA KE LUMUT NAVAL SHIPYARD (LUNAS)

LUMUT, 5 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Perak, baru-baru ini.

Tujuan lawatan rasmi ini diadakan adalah untuk melihat perkembangan pembaikan dan senggaraan KM LANGKAWI yang sedang dilaksanakan oleh pihak LUNAS, di samping fasiliti dan keupayaan pihak limbungan untuk projek pembaikan dan senggaraan aset Maritim Malaysia di masa akan datang.

Dalam lawatan ini, Datuk Saiful Lizan telah disambut oleh CEO LUNAS, Kepten (B) Ir. Azhar Jumaat dengan diiringi pegawai LUNAS yang lain.

Kemudian delegasi Maritim Malaysia dibawa melawat ke KM LANGKAWI bagi meninjau dan melihat sendiri perkembangan pembaikan kapal tersebut di samping sesi penerangan yang disampaikan oleh pihak limbungan.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, pegawai-pegawai kanan, pegawai memerintah KM LANGKAWI serta anggota kapal.

 

KM LANGKAWI LUNAS 2
 
KM LANGKAWI LUNAS 3
 
KM LANGKAWI LUNAS 4
 
KM LANGKAWI LUNAS 5

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT ALLAHYARHAM BINTARA MUDA MARITIM SAZALIE BIN OTHMAN

SIMPANG RENGGAM, 30 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah kehilangan seorang anggota yang berdedikasi iaitu Bintara Muda Maritim Sazalie bin Othman, dari Unit Risik Zon Maritim Kuala Kedah yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa bekerja petang semalam.

Jenazah beliau dibawa pulang ke kampung halaman dan selamat dikebumikan sekitar pukul 10.55 pagi tadi di Tanah Perkuburan, Kampung Tengah, Renggam Johor.

Maritim Malaysia telah memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dengan melaksanakan Istiadat Pengebumian dan Kawalan Jenazah yang diiringi oleh pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat.

Turut hadir ke upacara pengebumian ialah Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Kepten Maritim Nik Kamaruddin bin Yunoh, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil serta beberapa pegawai kanan.

Turut mengiringi jenazah adalah pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Zon Maritim Batu Pahat, Zon Maritim Tanjung Sedili serta Zon Maritim Kuala Kedah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

 

PENGHORMATAN AKHIR SAZALIE 4
 
PENGHORMATAN AKHIR SAZALIE 5
 
PENGHORMATAN AKHIR SAZALIE 2
 
PENGHORMATAN AKHIR SAZALIE

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC