11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM MALAYSIA IRING YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA KE PULAU BESAR

PULAU BESAR, 25 OKTOBER – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan melaksanakan tugasan mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam dan delegasi ke Pulau Besar, Melaka sempena program kebajikan beliau di sini pagi tadi.

Bagi memastikan keselamatan orang kenamaan, dua buah bot dengan kekuatan seramai 12 orang anggota telah di atur gerak mengiringi delegasi sepanjang perjalanan ke Pulau Besar.

Turut serta dalam lawatan ini, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Siasatan Maritim Negeri Melaka, Leftenan Komander Maritim Mohd Fairul Haswadi bin Abu Bakar.

Pada program lawatan berkenaan delegasi telah melawat Pusat Tahfiz Pulau Besar seterusnya ke Madrasah Pulau Besar bagi menunaikan solat jumaat.

Ketika berada di sana, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali turut menyampaikan sumbangan berupa saham wakaf bagi pembinaan kemudahan di Pulau Besar dan penyerahan sumbangan kepada Pegawai Syarak Madrasah Pulau Besar.

Sesi berkenaan berakhir selepas para delegasi tiba di Jeti Umbai, Melaka.

 

TYT P BESAR
 
TYT P BESAR 3

UNODC BERSAMA MARITIM MALAYSIA ANJUR DIALOG PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG MARITIM KE-15

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) telah menganjurkan Dialog Penguatkuasaan Undang-Undang Maritim ke-15, yang menghimpunkan delegasi dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata menerusi ucapannya, program ini bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu-isu keselamatan maritim seperti penangkapan ikan secara haram, penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan jenayah rentas sempadan.

“Dialog ini penting dalam memperkuat kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam memelihara kestabilan dan keselamatan di perairan serantau.”

Datuk Saiful Lizan turut memuji sokongan dan kerjasama daripada negara-negara rakan seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina dalam usaha meningkatkan keselamatan maritim.

Beliau menambah, cabaran keselamatan di perairan Asia Tenggara semakin kompleks, dan usaha bersama diperlukan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang maritim yang lebih berkesan.

Dialog ini dijangka memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, dan mengukuhkan usaha-usaha menangani ancaman yang sentiasa berubah dalam persekitaran maritim.

Mengetuai delegasi Malaysia ialah Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

 

UNODC TOK PUL 2
 
UNODC TOK PUL 3
 
UNODC TOK PUL 6
 
UNODC TOK PUL 7

KUNJUNGAN HORMAT ATASE LAUT REPUBLIK INDONESIA KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 24 OKTOBER – Atase Laut Republik Indonesia ke Malaysia, Kolonel Kusno Eko Haryanto dan Kolonel Mochamad Andri Wahyu Sudarjat telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Putrajaya hari ini.

Delegasi Indonesia itu telah disambut oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi jalinan kerjasama di antara Indonesia dan Malaysia menerusi entiti Penguatkuasaan Maritim dan Pertahanan kedua-dua negara.

Delegasi Indonesia itu turut disambut oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Nor Bakari bin Abu Bakar.

 

ATASE LAUT RI
 
ATASE LAUT RI 3
 
ATASE LAUT RI 5

CAKNA INOVASI, MARITIM MALAYSIA ANJUR PERTANDINGAN WUJUDKAN IDEA BAHARU DALAM KALANGAN WARGA AGENSI

PUTRAJAYA, 24 OKTOBER – Membentuk warga Agensi agar sentiasa berkompetensi dan berkualiti, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) laksana Sambutan Hari Inovasi galakkan warga wujudkan pelbagai idea inovasi baharu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menyatakan, penting bagi warga Agensi untuk memberi perhatian terhadap aspek inovasi kerana melalui inovasi, mereka dapat melakukan perubahan positif yang mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam bidang tugas masing-masing.

Tambah beliau lagi, penerapan inovasi bukan sahaja membantu dalam membentuk warga yang berkompetensi tinggi, tetapi juga menambah nilai kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan. Dalam konteks negara MADANI (Mampan, Sejahtera, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan), inovasi menjadi asas penting untuk membina sebuah agensi dan negara yang lebih maju serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Inovasi 2024 petang tadi di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Menerusi Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini, Maritim Malaysia berjaya merekodkan sebanyak 109 penyertaan melalui enam kategori yang dipertandingkan seperti Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Persekitaran Pejabat yang Kreatif dan Inovatif, Cetusan Idea Kreatif dan Inovatif, Video Montaj Sambutan Hari Inovasi, Kuiz Inovasi Online dan Innovation Hunt Games.

Bagi kategori utama Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), tempat pertama telah dijuarai oleh Kumpulan AMSAS-EZ mewakili Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan MBOR mewakili Maritim Negeri Kelantan dan tempat ketiga dimenangi oleh Squad Kilat mewakili Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

INOVASI KP
 
INOVASI KP 3
 
INOVASI KP 5
 
INOVASI KP 6

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA TERIMA PENYERAHAN NOTA KERJASAMA STRATEGIK DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN MARITIM DAN KOREKSIONAL

PUTRAJAYA, 23 OKTOBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menerima sijil Penyerahan Nota Kerjasama Strategik dalam Bidang Penguatkuasaan Maritim dan Koreksional daripada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Penyerahan sijil itu disaksikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman bersama Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin bin Husain.

Antara intipati di bawah kerjasama ini memberi fokus terhadap peranan Maritim Malaysia yang terlibat sebagai platform bagi operasi pemindahan banduan dan penghuni penjara menggunakan pengangkutan air.

Buat masa ini, tatacara pemindahan akan dibangunkan bagi memastikan faktor keselamatan diutamakan dalam pelbagai aspek.

Dalam perkembangan lain, Ketua Setiausaha KDN turut menekankan berkaitan libat urus setiap agensi di bawah KDN perlu proaktif dan sentiasa komited dalam melaksanakan peranan masing-masing. Ini termasuk dalam bidang pengurusan pentadbiran dan operasi.

Turut hadir ke Perhimpunan Bulanan KDN, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, pengarah-pengarah bahagian dan pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

PERHIMPUNAN KDN TOK LI 2
 
PERHIMPUNAN KDN TOK LI 3
 
PERHIMPUNAN KDN TOK LI 6
 
PERHIMPUNAN KDN TOK LI 7

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC