KUANTAN, 18 JULAI – Pengurusan PASKAM UMPSA di bawah seliaan Maritim Negeri Pahang dengan bantuan Cawangan PSMM dan PASKAM Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya serta Pengurusan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menganjurkan Kem Tahunan dan Pengukuhan Pasukan PASKAM UMPSA Siri 1/2024 bermula pada 10 sehingga 22 Julai 2024 bertempat di AMSAS.
Seramai 41 kadet beserta tujuh pegawai dan jurulatih PASKAM UMPSA serta penglibatan Sembilan pegawai dan anggota daripada Maritim Negeri Pahang dibantu 20 pegawai dan anggota daripada AMSAS terlibat bagi menjayakan program ini.
Program yang dirancang ini adalah sejajar dengan Kertas Dasar Pasukan Kadet Maritim Malaysia di mana anggota PASKAM perlu mengikuti latihan asas secara berperingkat yang melibatkan beberapa silibus dan latihan fizikal sebelum ditauliahkan sebagai Kadet Muda PASKAM.
Kem Tahunan dan Pengukuhan Pasukan ini meliputi silibus Pengenalan Search and Rescue serta Lawatan Sambil Belajar ke Sistem Cospas-Sarsat, Malaysia Mission Control Center (MYMCC), silibus navigasi seperti Peralatan Navigasi dan Pengenalan IALA Buoyage System, silibus Undang-Undang serta Siasatan, Prosedur Tangkapan, Tatacara Geledah dan Penggunaan Kekerasan mengikut jenis serta kategori ancaman, silibus Ilmu Kelautan seperti Evolusi Tali Temali dan pengenalan bahagian-bahagian kapal dan juga silibus komunikasi yang meliputi Pengenalan Komunikasi APMM dan Latihan Praktikal serta Komunikasi Taktikal.
Selain daripada silibus akademik, semua kadet akan didedahkan dengan latihan fizikal seperti Larian Berhalang Litar Lasak, Uji Cergas, Latihan Water Confident, Latihan Kawad Kaki dan Latihan Menembak Senjata Api Kecil Pistol untuk memastikan semua kadet dapat merasai pengalaman sebagai seorang pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




































.svg.png)

