11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

STESEN UDARA MARITIM SUBANG SANTUNI ANAK-ANAK LITTLE CALIPHS

SUBANG, 14 NOVEMBER – Seramai 120 orang kanak-kanak bersama 12 guru pengiring dari Tadika Little Caliphs telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pagi tadi.

Rombongan yang melibatkan Tadika Little Caliphs dari Batu Tiga, Seksyen 22 dan Subang ini telah disambut mesra oleh pegawai dan anggota SUMS.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan seterusnya dibawa melawat ke mini pameran yang mempamerkan replika kapal dan bot ronda Maritim Malaysia serta tayangan video mengenai kerjaya sebagai Penguat Kuasa Maritim seterusnya turut diadakan mini pameran segmen perenang penyelamat dan lebih mengujakan apabila kesemua mereka turut diberi peluang bergambar bersama helikopter AS365 Dauphin.

Program seperti ini merupakan inisiatif terbaik yang memberi pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak agar dapat memupuk minat mengenai kerjaya penguat kuasa di samping mendedahkan mereka mengenai tugas dan tanggungjawab Maritim Malaysia.

 

LAWATAN LIL C
 
LAWATAN LIL C2
 
LAWATAN LIL C4
 
LAWATAN LIL C5

PERBARISAN KETUA STESEN UDARA MARITIM SUBANG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PERALIHAN PESAWAT BAGI HELIKOPTER HOIST OPERATOR DAN RESCUE SWIMMER

SUBANG, 13 NOVEMBER – Seramai 12 anggota lain-lain pangkat dari skuadron helikopter AW139 dan AS365N3 menerima sijil Kursus Peralihan Pesawat bagi Helikopter Operator dan Rescue Swimmer dalam Majlis Perbarisan Ketua Stesen Udara Maritim Subang Dan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Peralihan Pesawat Bagi Helikopter Hoist Operator serta Rescue Swimmer yang diadakan di Hangar, Stesen Udara Maritim Subang, hari ini (SUMS).

Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal Bin Ridzuan dalam ucapannya menzahirkan ribuan terima kasih kepada semua warga SUMS yang terus memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi di dalam penglibatan setiap aktiviti dan program yang telah dilaksanakan di sini.

Selain itu, beliau juga mengingatkan agar pegawai dan anggota sentiasa menjaga kesihatan diri, imej dan disiplin kerana ia merupakan unsur-unsur penting yang mencerminkan kredibiliti seorang pegawai penguat kuasa.

Majlis Perbarisan Tahunan ini turut diselitkan dengan acara penyampaian sijil tamat Kursus Peralihan Pesawat bagi Helicopter Hoist Operator (HHO) dan Rescue Swimmer (RS) yang telah dilaksanakan selama 3 bulan termasuk fasa kajian bawah dan juga fasa penerbangan.

Tujuan kursus itu diadakan adalah bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan teori yang kukuh serta kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menjadi kru udara yang kompeten agar segala keperluan tugas dapat dilaksanakan dengan selamat.

 

SUMS BARIS 4
 
SUMS BARIS 2
 
SUMS BARIS 3
 
SUMS BARIS 5

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERLIBAT SEBAGAI ATLET RAGBI MAKSAK SARAWAK KE KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN

KUCHING, 12 NOVEMBER – Seorang anggota Maritim Negeri Sarawak, Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi yang juga kru BOT KILAT 35 telah terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) negeri Sarawak ke Kelantan.

Penglibatan Mohd Adha sebagai salah seorang atlet sukan ragbi adalah mewakili kontijen negeri Sarawak ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 di Kota Bharu, Kelantan yang akan bermula pada 14 hingga 17 November.

Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Naib Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, YBhg Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah yang merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Ragbi MAKSAK Sarawak dan Pengarah Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Sarawak, Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak.

Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 15 peserta bersama empat pegawai pasukan.

Tahniah dah syabas diucapkan kepada Mohd Adha yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.

 

RAGBI MAKSAK

MARITIM NEGERI PERAK TINGKATKAN PENGETAHUAN ANGGOTA DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN DAN SIASATAN

LUMUT, 13 NOVEMBER – Maritim Negeri Perak menganjurkan Kursus Penguatkuasaan dan Siasatan Siri 1/2024 yang diadakan di Pejabat Bot Maritim Negeri Perak, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kursus yang dianjurkan buat julung kalinya itu telah disertai seramai 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada para peserta berkaitan undang-undang, akta dan prosedur tangkapan selain melahirkan pegawai yang mahir serta berintegriti ketika menjalankan tugas.

Dalam kursus ini juga, para peserta berpeluang untuk mendalami ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek penguatkuasaan dan siasatan maritim.

Di akhir sesi, para peserta turut diberi ruang untuk bertanyakan soalan kepada panel pengajar yang berpengalaman.

Diharapkan, kursus ini dapat memberi impak positif bagi meningkatkan kecekapan dalam kalangan anggota dan pegawai terlibat, sekaligus membuktikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang maritim di negara ini sentiasa diberi perhatian.

 

KURSUS PENGUATKUASA 2
 
KURSUS PENGUATKUASA 3
 
KURSUS PENGUATKUASA 4

KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI MARITIM BERHAD KE ATAS KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad (KMB) di pejabatnya pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Haji Mohamed (Bersara).

Kunjungan hormat itu merupakan pertemuan rasmi pertama yang diadakan di antara Ketua Pengarah bersama Ahli Lembaga Koperasi, KMB.

Selain memberi penerangan berkaitan hala tuju KMB, antara lain ialah bagi membentangkan status perkembangan KMB mengenai status keahlian, syer dan aktiviti perniagaan KMB.

Pertemuan tersebut juga menyaksikan satu sesi penyerahan Sijil Perakuan kepada Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli selaku Penaung kepada KMB seperti mana yang termaktub di dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Datuk Rosli turut menyatakan sokongan dan kesediaannya untuk menggalakkan lebih ramai warga Maritim Malaysia menjadi ahli KMB.

Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengerusi KMB, Hajah Faridah binti Haji Shuib, Ahli Lembaga Koperasi, Laksamana Pertama Maritim V. Pannir Selvan a/l Veloo (Bersara) dan Setiausaha KMB, Encik Sobri Lowa Miah.

 

WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.41 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 11 at 5.34.42 PM 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC