11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PEMANGKU KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT COMMANDER SEVENTH FLEET US DEFENCE ATTACHE OFFICE

PUTRAJAYA, 17 JULAI – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Commander Seventh Fleet (C7F), United States Defence Attache Office (DAO), Vice Admiral Frederick William Kacher di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini.

Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah bagi memperkukuhkan kesejahteraan perairan sejagat melalui kolaborasi bersama selain perkongsian maklumat perisikan berkaitan keselamatan di Laut China Selatan.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah; Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam; Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Operasi Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi Bin Mohd Ramli.

Kunjungan itu turut diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata daripada kedua-dua belah pihak dan gambar bersama sebagai kenang-kenangan.

 

DAO KUNJUNG 3
 
DAO KUNJUNG 2
 
DAO KUNJUNG 4
 
DAO KUNJUNG 7

ZON MARITIM SANDAKAN CATAT 37 KES TANGKAPAN DALAM ENAM BULAN PERTAMA TAHUN 2024

SANDAKAN, 14 JULAI – Zon Maritim Sandakan telah berjaya mencatat sebanyak 37 kes tangkapan sepanjang tahun 2024 bermula Januari hingga Jun lalu dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM1.2 juta.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, jumlah kes tangkapan ini hampir menyamai jumlah kes tangkapan pada tahun 2022, iaitu sebanyak 47 kes dengan nilai rampasan lebih RM86 ribu serta 42 kes pada tahun 2023 dengan nilai rampasan melebihi RM270 ribu.

Menurut Datuk Saiful, kes tangkapan yang berjaya dilakukan membuktikan bahawa Maritim Malaysia, khususnya Zon Maritim Sandakan, serius dalam membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di laut terutamanya di perairan Sandakan.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kembara Sahabat Maritim 2024 di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Pulau Timbang Sandakan, hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, Tuan Ibrahim bin Othman serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Tuan Osman bin Ghani.

Datuk Saiful dalam pada itu turut memaklumkan kejayaan kes tangkapan ini turut dibantu oleh maklumat yang disalurkan oleh orang ramai, khususnya komuniti maritim seperti nelayan yang mengetahui setiap gerak-geri serta aktiviti yang berlaku di perairan negara.

Beliau berharap komuniti maritim terus menjadi 'mata dan telinga' kepada Maritim Malaysia, agar aktiviti salah laku dan jenayah di laut dapat dibendung, seterusnya memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Beliau juga berharap program bersama komuniti seperti Sahabat Maritim dapat dilaksanakan secara berkala agar kerjasama dan persefahaman antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim dapat diperkukuhkan lagi.

Program Kembara Sahabat Maritim 2024 ini adalah langkah proaktif Maritim Malaysia dalam mempererat hubungan dengan komuniti maritim, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim, serta memastikan perairan negara terus selamat daripada ancaman bahaya.

Melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancang, Maritim Malaysia yakin dan percaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara akan terus terpelihara. Terdahulu, Program Kembara Sahabat Maritim ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 Julai.

Antara pengisian program adalah tinjauan potensi pelancongan di perairan Sandakan bersama wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, kempen penanaman 100 juta pokok bersama Jabatan Perhutanan Sabah, saringan kesihatan dan kempen derma darah melalui Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, taklimat dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan yang terlibat serta penyerahan jaket keselamatan kepada komuniti nelayan setempat.

 

KEMBARA SAHABAT MARITIM   KEMBARA SAHABAT MARITIM 2   KEMBARA SAHABAT MARITIM 4   KEMBARA SAHABAT MARITIM 5

 

ENGLISH LANGUAGE PROGRAME TINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANGGOTA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 10 JULAI – Seramai 15 anggota dan pegawai dari beberapa bahagian dan unit di Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah mengikuti English Language Program anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung setiap Rabu selama dua bulan mulai Jun hingga Julai itu diadakan bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia adalah bertujuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai dan anggota selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan mengenai budaya, adat resam dan kemahiran di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Di samping itu, program ini juga dilihat sebagai nilai tambah kepada para anggota dan pegawai Maritim Malaysia untuk lebih berkeyakinan, berani bercakap dalam Bahasa Inggeris dan menambah pengetahuan seiring dengan keperluan semasa.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Tuan Haji Ghazali Hizam dengan menyampaikan sijil tamat kursus kepada para peserta.

Sebagai tanda terima kasih atas sumbangan bakti tenaga pengajar yang disediakan dari Kedutaan Amerika Syarikat, Tuan Haji Ghazali turut memberikan sijil penghargaan kepada Dr. J. Geoffrey Starron.

 

ENGLISH US
 
ENGLISH US 2
 
ENGLISH US 3

KETUA SETIAUSAHA KDN LAWAT SWASLA SABAH SERTA PEJABAT MARITIM NEGERI

KOTA KINABALU, 13 JULAI – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi sudi meluangkan masa melawat SWASLA Sabah dan Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah baru-baru ini.

Ketibaan delegasi KSU telah disambut oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi pemeriksaan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) sebelum sesi menandatangani buku pelawat.

Seterusnya delegasi KDN dibawa melawat ke SWASLA Sabah dan diberi taklimat ringkas oleh Pengarah SWASLA iaitu Komander Maritim Abdul Hakim bin Mohd Idris, di mana dalam taklimat berkenaan, Datuk Hj. Ruji turut mencuba beberapa peralatan komunikasi yang dtempatkan dalam bilik operasi tersebut sebelum para delegasi ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Sabah dan W.P Labuan serta Pejabat Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC).

Pada sesi lawatan yang sama Datuk Hj Ruji turut mengambil peluang beramah mesra dengan anggota yang bertugas sebelum meneruskan acara berikutnya.

Lawatan ini diteruskan dengan sesi perbincangan ringkas yang melibatkan Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan yang diwakili delegasi dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Di akhir lawatan, semua delegasi bersama warga Maritim Malaysia bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dan sesi pemberian cenderahati kepada Datuk Hj Ruji dan delegasi yang lain.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Hj. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar.

 

RUJI LAWAT SABAH 2   RUJI LAWAT SABAH 3   RUJI LAWAT SABAH 4   RUJI LAWAT SABAH 5

TAKLIMAT KEPENTINGAN PERANTI ISYARAT KECEMASAN SERTA SISTEM COSPAS-SARSAT

KUALA TERENGGANU, 10 Julai - Dalam memberikan kesedaran keselamatan kepada komuniti maritim, tahap pengetahuan anggota serta kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia haruslah berada pada tahap terbaik. Sehubungan itu, Malaysia Mission Control Center (MYMCC), Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana dengan kerjasama Maritim Negeri Terengganu telah melaksanakan taklimat serta pemeriksaan peranti isyarat kecemasan di Auditorium Hussain, Maritim Negeri Terengganu hari ini.
Taklimat berkaitan CARILAMAT, peranti isyarat kecemasan serta sistem Cospas-Sarsat telah disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Che Mohd Hafizuddieen Che Mahadi, Penolong Pengarah Kanan MYMCC bersama Leftenan Maritim Muhamad Faizal Othman, Penolong Pengarah MYMCC dalam memberi pengetahuan lanjutan berkaitan misi mencari dan menyelamat yang merupakan antara tugas teras Maritim Malaysia.
Pemeriksaan terhadap PLB serta EPIRB turut dijalankan di aset-aset Maritim Negeri Terengganu untuk memastikan setiap aset berfungsi dan dalam keadaan yang baik dan sedia digunakan dalam sebarang situasi.
Turut hadir dalam sesi taklimat ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar.

 

TRG COSPAS SARSAT
 
TRG COSPAS SARSAT 2
 
TRG COSPAS SARSAT 4
 
TRG COSPAS SARSAT 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC