PUTRAJAYA, 3 JULAI – Mengambil serius setiap aduan yang disalurkan masyarakat kepada agensi, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke UKK Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertempat di Ibu Pejabat JPN, Putrajaya, pagi tadi.
Inisiatif lawatan yang diambil UKK Maritim Malaysia ini bertujuan bagi melihat tatacara pengurusan aduan dilaksanakan di UKK JPN yang merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berurusan dengan kelompok masyarakat umum yang luas, serta berlatar-belakangkan berbagai jenis demografi dengan pelbagai aduan.
Selain itu lawatan ini juga diadakan sebagai salah satu kriteria yang terdapat dalam Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) pengurusan aduan di bawah kendalian UKK Maritim Malaysia dalam usaha mencapai Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) Maritim Malaysia .
Merupakan sistem yang dibentuk dan dibangunkan bagi membolehkan organisasi seperti Maritim Malaysia, ABMS akan mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah melibatkan warga Maritim Malaysia.
Terdahulu delegasi lawatan telah diberikan taklimat pengurusan aduan oleh Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat JPN, Puan Siti Mariani binti Ayob.
Dalam taklimat tersebut beliau telah menekankan, setiap aduan yang disalurkan kepada mana-mana badan kerajaan perlu diambil kira, dengan syarat setiap aduan perlu dilaksanakan melalui saluran yang betul iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian.
Pada sesi perkongsian tersebut, Mariani turut memaklumkan setiap aduan yang diterima oleh pihaknya sama ada melalui SISPAA Ibu Pejabat JPN serta JPN Negeri yang akan melalui proses saringan di beberapa peringkat (Top-Down) sebelum jawapan atau penyelesaian akhir diberikan kepada pengadu.
Delegasi lawatan Maritim Malaysia telah diketuai Komander Maritim Mohd Aizad bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Encik Mohd Amir Khusairi bin Harun, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perancangan Komunikasi dan Multimedia, Encik Zulhafiq Halim serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Sesi taklimat dan perbincangan telah diakhiri dengan lawatan ke galeri JPN dan penyampaian cenderamata antara dua rakan strategik ini.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

