KUCHING, 24 JUN – Bagi memupuk kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat di samping memberi pendedahan terhadap fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan pameran dan penerangan keselamatan dalam Program Memancing Raja Tenggiri edisi ke-3 bertempat di perkarangan Pejabat Perikanan Wilayah 1, dekat sini pada Jumaat sehingga Sabtu lalu.
Program yang disertai seramai 35 pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak itu telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.
Turut diatur gerak ialah BOT KILAT 35 yang ditugaskan untuk memantau keselamatan para pemancing seramai 120 peserta bersama bot masing-masing (21 buah) di lokasi pertandingan di sepanjang Perairan Santubong dan Satang.
Satu kelainan yang dibuat pada tahun ini, program yang memasuki edisi ketiga itu turut melibatkan secara langsung oleh Maritim Negeri Sarawak dengan mengadakan reruai pameran dan juga sesi penerangan khas mengenai kesedaran keselamatan maritim yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit CARILAMAT dan Bantuan Bencana (CLBB), Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali kepada para hadirin.
Perasmian perlepasan para peserta pemancing telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Tuan Ir. Haji Yusuf Abd Wahab.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri pula menyempurnakan majlis penanguhan program.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

