11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KURSUS EXECUTIVE LEADERSHIP ASSESSMENT PROGRAME (ELEAP) MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 5 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara telah menganjurkan Kursus Executive Leadership Assessment Programme (ELEAP) Maritim Malaysia Siri 1 Tahun 2024 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Ibu Negara bermula pada 3 hingga 5 September 2024.

Seramai 20 orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim berpangkat Komander Maritim Gred T20 telah menghadiri Kursus ELEAP tersebut yang merangkumi slot perkongsian Pengurusan Strategik serta Management Tools sebagai persediaan bagi menghadapi sesi penilaian berkumpulan dan juga secara individu.

Matlamat kursus ini adalah sebagai platform untuk menilai kemahiran kepimpinan pegawai; serta mengenal pasti pegawai yang berfikiran strategik, berkemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dalam mengambil sebarang tindakan serta berintegriti tinggi.

Kursus ELEAP ini juga merupakan sebahagian daripada kursus functional kepimpinan yang telah digariskan di dalam Dasar Pembangunan Standard Kemahiran dan Kerjaya Pegawai Penguat Kuasa Maritim (DPKM) dalam usaha memantapkan kompetensi pegawai Maritim Malaysia.

Diharapkan, pelaksanaan Kursus ELEAP ini dapat memberi impak tinggi dalam melahirkan Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia yang berfikiran strategik, berkebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan serta mempunyai integriti yang tinggi seiring dengan peranan pegawai sebagai seorang pemimpin serta bakal memegang tampuk kepimpinan tinggi Maritim Malaysia di masa hadapan.

 

ELEAP MARITIM MALAYSIA 
 
ELEAP MARITIM MALAYSIA 2
 
ELEAP MARITIM MALAYSIA 4
 
ELEAP MARITIM MALAYSIA 8

KUNJUNGAN HORMAT DEPUTY AMBASSADOR NETHERLAND EMBASSY KE IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 3 SEPTEMBER – Deputy Ambassador Netherlands Embassy, Ms. Eva Oskam telah melakukan Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia petang tadi.

Dalam kunjungan itu, Delegasi Netherlands telah disambut oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam dan diiringi Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar di Bilik Mesyuarat Laksamana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Kunjungan hormat itu adalah bertujuan sebagai platform perbincangan dua hala di antara Maritim Malaysia dan pihak Kedutaan Netherlands mengenai pelbagai perkara berkaitan kerjasama strategik, pertukaran kepakaran dan juga latihan di antara kedua-dua pihak.

Di akhir pertemuan kedua-dua pihak mengadakan sesi bertukar-tukar cenderahati sebagai simbolik hubungan erat yang telah terjalin hasil daripada pertemuan dalam kunjungan hormat ini.

 

BELANDA LAWAT 2
 
BELANDA LAWAT 4
 
BELANDA LAWAT 6
 
BELANDA LAWAT 3

70 PEGAWAI DAN ANGGOTA MARITIM MALAYSIA HADIR PERUTUSAN AMANAT HARI KEBANGSAAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 30 OGOS – 70 Warga kerja melibatkan Pengawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Gunasama daripada Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya hadir ke Perutusan Amanat Perdana Hari Kebangsaan ke-67 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim hadir bagi mengetuai warga kerja Maritim Malaysia bersama barisan Pegawai-Pegawai Kanan bagi menyatakan sokongan terhadap program berkenaan.

Dalam perutusan amanat tersebut, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa perpaduan yang dikecapi ini perlu dipertahankan dan sama-sama menolak anasir jahat yang ingin menghancurkan keharmonian yang dimiliki Malaysia.

Beliau juga turut mengajak agar semua menghayati dan memanfaatkan sambutan kemerdekaan tahun ini dengan menjulang semangat Jiwa Merdeka, serta saling berpaut antara satu sama lain untuk mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih hebat.

 

ANWAR AMANAT 5
 
ANWAR AMANAT 3
 
ANWAR AMANAT 2

MARITIM MALAYSIA MENDAHULUI LINTAS HORMAT KONTINJEN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA SEMPENA PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-67

PUTRAJAYA, 31 OGOS – 404 Pegawai dan Anggota Kontinjen Maritim Malaysia berserta empat aset penguatkuasaan mendahului lintas hormat kontinjen pasukan keselamatan negara sebentar tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menerima tabik hormat di pentas utama acara.

Perbarisan telah diwarnai kepelbagaian rupa cara pemakaian seragam Maritim Malaysia selain penampilan khas 3 penyampai radio 3 PAGI ERA yang menjadi daya penarik kepada orang ramai dalam mengenali lebih dekat peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia sebagai sebuah pasukan keselamatan barisan hadapan di Zon Maritim Malaysia.

 

PERBARISAN
 
PERBARISAN 2
 
PERBARISAN 3
 
PERBARISAN 5

LAWATAN KEBAJIKAN PEMANGKU KETUA KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI JOHOR

BANGI, 30 OGOS – Sebagai tanda keprihatinan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Maritim Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah melakukan lawatan kebajikan mewakili Agensi ke atas Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria di kediaman beliau hari ini.

Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah mengalami pendarahan otak kiri serta mengakibatkan serangan angin ahmar pada 2 Julai 2024 dan kini masih menerima rawatan secara berkala di hospital.

Dalam lawatan itu, Datuk Saiful Lizan telah diiringi Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli bin Abdullah dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia (MIND), Kepten Maritim Amri bin A. Raof.

Diharapkan dengan doa dan ikhtiar, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam akan kembali bertugas dengan lebih bersemangat dan diberi kesihatan seperti sedia kala.

 

LAWAT KEBAJIKAN 2
 
LAWAT KEBAJIKAN 3
 
LAWAT KEBAJIKAN 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC