08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

WARGA MARITIM MALAYSIA MULA PROSES TANDATANGAN OPSYEN SSPA, SAMBUT BAIK INISIATIF KERAJAAN

PUTRAJAYA, 23 OKTOBER – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) peringkat Ibu Pejabat Putrajaya telah menganjurkan Majlis Menandatangani Opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Pengurusan Tertinggi, hari ini.

Tujuan Majlis ini diadakan adalah sebagai simbolik bagi memulakan proses tandatangan Opsyen SSPA dalam kalangan penguat kuasa Maritim Malaysia.

Majlis menandatangan dimulakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah diikuti Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Serta akhir sekali Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.

Menerusi majlis ini, semua pihak adalah bersetuju dan menerima pakai sistem saraan baharu ini dengan yakin dan percaya dengan hala tuju dan proses penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam dari semasa ke semasa yang disyorkan kerajaan.

 

WhatsApp Image 2024 10 23 at 4.28.31 PM
 
WhatsApp Image 2024 10 23 at 4.28.32 PM
 
WhatsApp Image 2024 10 23 at 4.28.32 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 23 at 4.28.32 PM 2

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL ERAT KERJASAMA DAN TINGKAT KEPAKARAN PEGAWAI DAN ANGGOTA

KAJANG, 21 OKTOBER – Maritim Negeri Selangor telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di antara pegawai dan anggota ibu pejabat Maritim Negeri Selangor serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor bertempat di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang pada 16 dan 17 Oktober lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan anggota dalam melaksanakan tugas, memupuk sikap bertanggungjawab ketika mengendalikan senjata serta mengeratkan hubungan kerjasama di antara warga Maritim Negeri Selangor dan MKN Negeri Selangor.

UKMSK pada kali ini melibatkan 100 pegawai dan anggota daripada Maritim Negeri Selangor dan 21 orang wakil daripada MKN Negeri Selangor.

Abdul Muhaimin menjelaskan, kemahiran menembak memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi dan senjata perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Turut serta dalam program ini ialah Pengarah MKN Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Selangor, Puan Nurul Ezan binti Mahat, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam bin Abdul Razak, Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Selangor, Leftenan Maritim Mohd Ridhaudden bin Rosman.

Ujian terbahagi kepada dua kategori iaitu Precision 20 meter dan Rapid Fire 15 meter manakala kategori terakhir ialah Falling Plate 20 meter.

Para peserta dibahagikan kepada empat pasukan dari Maritim Negeri Selangor dan satu pasukan daripada MKN Negeri Selangor menggunakan pistol Glock 19 dan CZ-P07.

Diharapkan dengan program ini, para peserta akan dapat memperkemas kemahiran menembak dalam kalangan pegawai dan anggota yang terlibat di samping semangat juang yang tinggi sebagai seorang penguat kuasa.

 

UKMSK MKN 11
 
UKMSK MKN 2
 
UKMSK MKN 5
 
UKMSK MKN 4

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR KE MAJLIS LIBAT URUS MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA MEDIA

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir dalam Majlis Libat Urus Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Media di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa serta disusuli oleh ucapan aluan daripada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Usai ucapan beliau, penerangan berkaitan Pindaan Bahagian III Pelembagaan Persekutuan Berhubung Kewarganegaraan dijelaskan serta disusuli dengan sesi dialog bersama Ketua dan wakil Pengarang agensi media.

Turut hadir dalam program ialah Ketua Setiausaha KDN, YBhg Datuk Awang Alik bin Jeman; Ketua Polis Negara, Inspektor Jeneral Tan Sri Razaruddin Husain; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg Datuk Dr. Abdul Ghapar bin Haji Abu Bakar serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Libat urus juga turut melibatkan kehadiran Pegawai-Pegawai daripada Unit Komunikasi Korporat Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

 

SAIFUDDIN MEDIA
 
SAIFUDDIN MEDIA 2
 
SAIFUDDIN MEDIA 5
 
SAIFUDDIN MEDIA 6

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KOMPLEKS AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA ZON MARITIM MIRI

MIRI, 21 OKTOBER – Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Miri semalam.

Dalam majlis itu telah diadakan sesi menandatangani Sijil Penyerahan di antara Bangkit Energy & Pro Logistic (EM) Sdn. Bhd yang diwakili oleh Encik Kaon anak Sonei, Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta disaksikan sendiri oleh Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Projek ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan prasarana bagi perkhidmatan keselamatan tanda keperihatinan kerajaan kepada rakyat dengan peruntukkan kos pembinaan sebanyak RM118,289,899.

Kompleks ini dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, bangunan sokongan, jeti, slipway and drive-on docking, surau, kuarters, tempat letak kenderaan dan lain-lain kemudahan berkaitan.

Perakuan Siap Kerja bagi Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Miri ini telah dikeluarkan oleh Pengarah Projek, Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 27 September 2024.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh Yahya dan Pengarah Bahagian Pembangunan APMM, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly.

 

ZM MIRI RASMI 5
 
ZM MIRI RASMI 2
 
ZM MIRI RASMI 4
 
ZM MIRI RASMI 8

PENGARAH MARITIM NEGERI SARAWAK HADIR KE MAJLIS ASPIRASI KEPIMPINAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA DI KUCHING

KUCHING, 10 OKTOBER – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh telah menghadiri Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR Putra) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Samarahan hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Yusuf Mok bin Mohamad Generawi serta anggota dan pegawai Maritim Negeri Sarawak.

Dalam ucapan Tan Sri Shamsul Azri menyatakan, tugas penjawat awam bukan sahaja mengenai penyampaian perkhidmatan semata mata malah lebih daripada itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Maka, perubahan dalam perkhidmatan awam perlu dilakukan dengan sepenuh raga untuk memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian awam menerusi ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’ yang beliau sarankan.

Jelasnya lagi, Agenda ini memberi tumpuan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) iaitu, Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.

Warga Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Sarawak menyahut dan menyokong penuh saranan Ketua Setiausaha Negara ini dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta bekerjasama demi tanah air yang tercinta menerusi lima bidang dan strategi keberhasilan reformasi perkhidmatan awam seperti mana yang telah dilakarkan beliau.

 

MN SWK AWAM 2
 
MN SWK AWAM 3
 
MN SWK AWAM 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC