window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); AKTIVITI
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

MAJLIS MESYUARAT PENYELARASAN OPERASI BERSEPADU MARITIM NEGERI SARAWAK*

KUCHING, 2 Februari – Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bersepadu Maritim Negeri Sarawak Bil. 1/2024 telah diadakan hari ini, dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi menyelaraskan dan melaksanakan operasi di perairan Maritim Negeri Sarawak yang melibatkan pelbagai agensi sahabat dan jabatan selain memperkukuhkan kerjasama lebih erat yang telah lama terjalin.

Sembilan Agensi dan jabatan telah hadir dalam mesyuarat ini iaitu; Pasukan Polis Marin di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Laut, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Meskipun kesemua agensi dan jabatan berbeza dari segi peranan dan fungsi, namun masing-masing mempunyai tanggungjawab dan matlamat yang sama dalam memastikan keselamatan perairan negeri Sarawak terus terpelihara dari sebarang ancaman.

WhatsApp Image 2024 02 02 at 12.38.40 PM   WhatsApp Image 2024 02 02 at 12.38.41 PM   WhatsApp Image 2024 02 02 at 12.38.41 PM 1
 

MARITIM MALAYSIA KOMITED TINGKAT KESELAMATAN PERAIRAN SARAWAK

KUCHING, 2 Februari – Pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak diingatkan untuk terus memberikan komitmen yang terbaik bagi setiap tugasan yang telah diamanahkan oleh agensi ini sama ada melalui operasi, rondaan mahupun pengawasan dalam usaha meningkatkan keselamatan dan ketenteraman perairan Sarawak.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, harapan ini disandarkan kepada semua warga Maritim Negeri Sarawak memandangkan kawasan perairan di negeri berkenaan berada dalam zon Laut China Selatan yang sentiasa menjadi tumpuan sama ada dari segi keselamatan sempadan negara atau sumber asli maritim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Logistik) Maritim Negeri Sarawak di antara Leftenan Komander Maritim Mohd Firdaus bin Jaafar dan Leftenan Maritim Ts. Muhammad Syafiq bin Harun di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan pegawai memerintah kapal, pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan pegawai gunasama Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

Dalam perkembangan berasingan, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Bukit Nyabau bagi melihat kesesuaian tapak cadangan lokasi Remote Sensor Site (RSS) bagi Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) Sarawak baru-baru ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) berpuas hati dengan lokasi yang dicadangkan kerana ia berada di kawasan strategik selain faktor bentuk muka bumi yang terletak pada ketinggian 116-meter dari paras laut.

Berdasarkan kepada lokasi cadangan berkenaan, Maritim Malaysia menjangkakan SWASLA yang akan dibina ini bakal meningkatkan keupayaan pengawasan di zon maritim Sarawak khususnya di perairan Bintulu.

Turut hadir pada sesi lawatan berkenaan Ketua Cawangan C4ISR BKPM, Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali serta Timbalan Pengarah (Pengurusan) Zon Maritim Bintulu, Encik Timothy Alexander.

 

WhatsApp Image 2024 02 02 at 9.01.49 AM 1

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK UMT KE MARITIM NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 30 Januari – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini.

Pertemuan ini adalah bertujuan bagi mewujudkan kerjasama kepakaran di antara Maritim Malaysia dan UMT dalam bidang akademik terutamanya peluang kepada anggota dan pegawai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian pasca - siswazah maritim, kajian dan penyelidikan.

Delegasi UMT yang hadir diberi taklimat oleh Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia.

Diikuti lawatan ke sekitar jeti Maritim Negeri Terengganu sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderamata sebagai simbolik hubungan baik yang sedia terjalin erat di antara kedua-dua pihak.

 

UMT KUNJUNG 2
 
UMT KUNJUNG 3

 

 

MARITIM MALAYSIA SERTAI PERSIDANGAN ASIA NAVIGATOR 2024

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Persidangan Asia Navigator 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Sheraton Imperial Hotel, di ibu negara pada 30 dan 31 Januari 2024.

Persidangan yang bertemakan ‘Shaping the Future of Emergency Response Systems in Malaysia’ telah menyaksikan pembentangan oleh 19 speaker dengan pelbagai latar belakang dari seluruh Malaysia.

Persidangan ini dianjurkan oleh International Academies of Emergency Dispatch (IAED) dengan kerjasama Priority Dispatch Corp (PDC), TM One, dan GFIS (M) Sdn. Bhd.

Acara tahunan ini menjadi platform untuk menghimpunkan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap kes-kes kecemasan serta pihak yang mengendalikan sistem kecemasan MERS 999 seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seramai kira-kira 350 peserta hadir dalam persidangan ini di mana Maritim Malaysia telah menghantar 23 orang pegawai dan anggota bagi mewakili agensi.

Ketua Cawangan Bantuan Bencana dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan telah menyampaikan perkongsian ilmu bertajuk ‘Mass Rescue : Challenges and Way Forward’.

 

ASIA NAVIGATOR   ASIA NAVIGATOR 3   ASIA NAVIGATOR 5   ASIA NAVIGATOR 4  

SOUTHEAST ASIA REGIONAL SAR WORKSHOP PERKASA KEUPAYAAN CARILAMAT MARITIM SERANTAU

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Berdasarkan dorongan untuk memperkasakan keupayaan CARILAMAT maritim di rantau Asia Tenggara, Maritim Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah menganjurkan Southeast Asia Regional SAR Workshop pada 22 hingga 24 Januari 2024 lalu bertempat di Inter Continenal Hotel, Kuala Lumpur.

Bengkel yang julung kalinya diadakan itu telah menghimpunkan 30 orang wakil agensi penyelamat daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pegawai pemerhati daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Korean Police Attache juga hadir terlibat bengkel berkenaan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh pakar daripada United States Coast Guard yang merangkumi bidang CARILAMAT dan Maritime Mass Rescue Operation (MMRO). Wakil Maritim Malaysia turut melaksanakan perkongsian mengenai penerbitan Pelan MMRO.

Selesai bengkel, negara Filipina dan Vietnam telah menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan Malaysia melalui kursus CARILAMAT, latihan CARILAMAT (SAREX), latihan komunikasi CARILAMAT (SARCOMEX), perkongsian kaedah pengoperasian sistem perancangan CARILAMAT (SAROPS) dan pembangunan Pelan MMRO.

Penganjuran bengkel tersebut mencerminkan keseriusan Maritim Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan agensi-agensi penyelamat di samping memperkasakan keupayaan CARILAMAT di perairan Asia Tenggara. Ini adalah demi memastikan keselamatan pelaut di perairan negara-negara serantau, selaras dengan keperluan konvensyen antarabangsa seperti International Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS 1974).

 

SAR WORKSHOP   SAR WORKSHOP 2   SAR WORKSHOP 3

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC