11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI PELUNCURAN BUKU PDRM

KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir menyantuni undangan ke Program Peluncuran Buku PDRM; Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan Dalam Mengekalkan Keamanan Negara yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pagi tadi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah hadir bagi mencemar duli bagi merasmikan peluncuran buku tersebut dengan diiringi Ketua Polis Negara, Inspektor General Tan Sri Razarudin bin Husain.

Peluncuran buku itu merupakan satu program di bawah inisiatif Program Siri Jelajah Galakan Masyarakat Membaca yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

 

PELANCARAN BUKU POLIS
 
PELANCARAN BUKU POLIS 3

MAJLIS SERAH DAN TERIMA KM KIDURONG DAN KM PINTAR

SANDAKAN, 6 DISEMBER – Satu majlis serah terima Kapal Maritim (KM) melibatkan Zon Maritim Sandakan dan Zon Maritim Tawau telah berlangsung di Pejabat Zon Maritim Sandakan, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman hadir bagi mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyaksikan majlis menandatangani sijil penerimaan penuh kedua-dua kapal tersebut.

Dalam ucapannya, dua buah kapal iaitu KM KIDURONG dari Zon Maritim Sandakan akan diserahkan kepada Zon Maritim Tawau manakala KM PINTAR diserahkan kepada Zon Maritim Sandakan.

Menelusuri sejarah dua buah kapal tersebut, kedua-duanya pernah berkhidmat di bawah Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia.

KM KIDURONG yang telah berkhidmat selama 10 tahun dalam PPM diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2011 sebelum ditempatkan di Zon Maritim Sandakan pada tahun 2013, manakala KM PINTAR telah berkhidmat selama 26 tahun dalam PPM diserahkan kepada Maritim Malaysia pada tahun 2005 dan ditempatkan di Zon Maritim Tawau.

Jelas beliau lagi, kedua-dua kapal ini juga telah menjalani Penilaian Tahap Kecekapan Kapal (PTKK) pada 29 Februari hingga 3 Mac 2024 lepas.

Turut hadir dalam majlis penyerahan berkenaan ialah Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain serta pegawai dan anggota Zon Maritim berkenaan.

 

SERAH KM KINDURONG 4
 
SERAH KM KINDURONG 3
 
SERAH KM KINDURONG 5
 
SERAH KM KINDURONG 2

OP REDBACK XIX | MARITIM MALAYSIA DAN AUSTRALIAN BORDER FORCE (ABF) DEKATI KOMUNITI MARITIM MALAYSIA DI SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dan Australian Border Force (ABF) telah mengadakan program mendekati komuniti maritim di daerah Kuala Langat dan Sepang pada 2 dan 3 Disember lalu.

Program yang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada Operasi REDBACK siri ke – 19, di mana Selangor menjadi tumpuan pelaksanaan operasi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, tujuan program ini diadakan adalah bagi merapatkan ukhwah silahturahim di antara penguat kuasa dan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai; Selain itu dapat memupuk kerjasama di antara pasukan sahabat bagi meningkatkan keselamatan perairann negara secara bersepadu.

“Kerjasama komuniti maritim untuk melaporkan dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan yang melanggar undang-undang serta kes – kes kecemasan di laut amat penting bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan ,keharmonian dan kedaulatan perairan negara,” katanya.

Program diakhiri dengan sesi dialog untuk komuniti setempat mengutarakan masalah, aduan dan isu-isu semasa di perairan Selangor; Panel terdiri daripada wakil Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Laut Malaysia.

Turut hadir sama ialah Counsellor Australia Border Force (ABF), Brooke Leung.

Dalam program itu, Maritim Malaysia dan ABF turut memyumbangkan jaket keselamatan kepada komuniti di kedua-dua kawasan serta sebaran maklumat melalui risalah yang berbentuk pelekat untuk ditampalkan di bot nelayan oleh wakil ABF dan Pengarah Maritim Negeri Selangor.

Untuk rekod, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang telah dianugerahkan sebagai kampung angkat maritim dan watikah pelantikan telah disampaikan oleh Kepten Maritim Abdul Muhaimin kepada pengerusi PNK Sepang, Encik Md Sani bin Jailani.

 

IMG 5005
 
IMG 4743
 
IMG 4984
 
IMG 5122

MARITIM NEGERI TERENGGANU HULUR BANTUAN KEPADA 55 KELUARGA MANGSA BANJIR

KUALA BESUT, 5 DISEMBER – Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap komuniti maritim yang turut terkesan akibat bencana banjir yang berlaku di beberapa daerah di sekitar Negeri Terengganu, Maritim Negeri Terengganu telah menghulurkan bantuan dengan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terjejas.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid berkata, sejumlah 55 pek Bakul Ihsan Madani telah diagihkan kepada 55 keluarga yang terdiri daripada 20 keluarga nelayan tradisional di Kampung Fikri, Setiu dan 35 keluarga komuniti maritim di Kuala Besut.

Jelas Khairulanuar lagi, Maritim Negeri Terengganu turut menggerakkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja serta sumbangan keperluan asas dan kewangan kepada enam keluarga anggota Maritim Malaysia di Negeri Terengganu yang terjejas akibat bencana banjir.

Pek Bakul Ihsan Madani berisi barang keperluan asas ini merupakan sumbangan serta usahasama berbentuk Program Khidmat Masyarakat (CSR) di antara Maritim Malaysia bersama rakan strategik iaitu Glide Marine Sdn Bhd serta DWR Services Sdn Bhd.

“Maritim Negeri Terengganu kekal proaktif dan peka terhadap komuniti maritim yang terjejas serta bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan strategik dalam memastikan bantuan dapat disalurkan terus kepada mereka,”

kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan oleh komuniti maritim serta warga Maritim Malaysia dalam menghadapi musibah yang melanda,” ujarnya lagi.

Maritim Malaysia turut mengingatkan kepada komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut memandangkan keadaan cuaca buruk yang berlaku di seluruh negara khususnya di Pantai Timur Semenanjung boleh mendatangkan insiden-insiden yang tidak diingini sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri. Aspek keselamatan bot atau vesel juga harus dititikberatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

 

BANTUAN BANJIR GANU 4
 
BANTUAN BANJIR GANU
 
BANTUAN BANJIR GANU 7
 
BANTUAN BANJIR GANU 8

MESYUARAT PANEL PENGURUSAN LATIHAN MARITIM MALAYSIA TAHUN 2024

PUTRAJAYA, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Panel Pengurusan Latihan tahun 2024 di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan peranan, fungsi dan keperluan latihan Sumber Manusia di Maritim Malaysia selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) bagi menjamin pembangunan dan pengurusan keupayaan organisasi dilakukan secara konsisten dan bersepadu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Kehormat Mohd Norzam bin Mustapa dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota bahagian.

Antara yang hadir ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin, Pengarah Bahagian Undang-undang, Puan Naziah binti Mokhtar @ Sota dan Timbalan Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang.

 

MESY LATIHAN
 
MESY LATIHAN 2
 
MESY LATIHAN 3
 
MESY LATIHAN 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC