08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PERSATUAN PESARA PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (RMNOA) KE MARITIM MALAYSIA KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 20 NOVEMBER – Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (IPMNKP) telah menerima kunjungan delegasi daripada Persatuan Pesara Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (Retired Malaysian Naval Officers Association) atau singkatannya RMNOA, pada Isnin (18 November) lalu.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan silahturahim selain menambah pengetahuan para delegasi mengenai peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia.

Fokus kunjungan ini adalah mengenai operasi, hubungan strategik dan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan maritim negara sentiasa terpelihara.

Delegasi RMNOA yang seramai 38 orang itu tiba di IPMNKP pada jam 10.00 pagi, diketuai oleh Presidennya YBhg. NV Tan Sri Ramlan bin Mohamed Ali.

Mereka telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa serta diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad serta pegawai dan anggota IPMNKP.

Melalui program ini, diharapkan ahli RMNOA yang hadir dapat memanfaatkan pengalaman melawat ke IPMNKP secara tidak langsung meningkatkan pemahaman mengenai kerjasama yang telah lama terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim Malaysia.

 

RMNOA 8
 
RMNOA 2
 
RMNOA 3

PROGRAM LAPOR DIRI DAN MAJLIS PENYERAHAN PELATIH LEFTENAN MUDA MARITIM & LASKAR KELAS II MARITIM

PUTRAJAYA, 18 NOVEMBER – Seramai 28 pelatih dalam kalangan pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melapor diri di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.

Daripada jumlah itu 22 orang adalah untuk pengambilan pelatih Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 manakala enam lagi adalah pegambilan pelatih Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024.

Proses urusan lapor diri telah dimulakan pada jam 7.30 pagi, diikuti dengan saringan kesihatan dan seterusnya Majlis Penyerahan Pelatih kepada wakil Ketua Kluster Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam Mustapa.

Dalam program itu, Tuan Mohd Norzam telah menyerahkan pelatih Pegawai kepada wakil Ketua Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional (KPPP), AMSAS Leftenan Komander Maritim Mohd Amerul Aznor bin Mohd Azmi, manakala pelatih Lain-lain Pangkat (LLP) telah diserahkan kepada wakil Ketua Kluster Pengajian Dan Pembangunan Operasi Maritim (KPPOM), AMSAS, Leftenan Komander Maritim Syed Hazlan Izham Syid Abdullah.

Antara yang hadir dalam majlis penyerahan para pelatih tersebut ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam; Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Bekalan, Kepten Maritim Asmawati binti Mohd Tujeri.

 

LAPOR DIRI 2
 
LAPOR DIRI 3
 
LAPOR DIRI 4
 
LAPOR DIRI 5

PULAU PINANG LOKASI SAMBUTAN DUA DEKAD MARITIM MALAYSIA

PULAU PINANG, 15 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang bagi meninjau cadangan lokasi Sambutan Dua Dekad Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia baru-baru ini.

Lawatan ini adalah bertujuan bagi menilai cadangan tapak utama dan persiapan yang diperlukan untuk memastikan sambutan ulang tahun itu berlangsung dengan lancar dan meriah, selepas Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah HUT kali ini yang akan diadakan pada 15 Februari tahun hadapan.

Jelasnya lagi, sambutan dua dekad ini bukan sahaja untuk meraikan pencapaian Maritim Malaysia, tetapi juga untuk mendekatkan agensi ini dengan rakyat dan memupuk kefahaman tentang peranan yang dimainkan Agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Nasir bin Mohamad Mazlan, dan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan tinjauan tapak di Padang Kota Lama dan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) untuk mengenal pasti kedudukan strategik aset Maritim Malaysia yang akan digunakan dalam Fleet Review, iaitu di antara acara utama yang bakal menarik perhatian orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut.

Di akhir sesi lawatan, satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Tapak telah diadakan bagi membincangkan keperluan logistik, pengurusan aset, persembahan demonstrasi dan lain-lain keperluan agar majlis bakal berjalan seperti yang dirancang.

Untuk rekod, Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana lokasinya yang strategik dan kemudahan Infrastruktur yang lengkap, ideal dan bersesuaian untuk penganjuran acara berskala besar.

Sambutan Dua Dekad Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia dijangka menjadi acara yang penuh bermakna, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran maritim, pertunjukan aset dan demonstrasi keselamatan di laut.

 

TOK PUL PENANG 5
 
TOK PUL PENANG
 
TOK PUL PENANG 3
 
TOK PUL PENANG 4

 

MARITIM NEGERI SABAH SERTAI LATIHAN MENEMBAK SEMPENA LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI

TUARAN, 17 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan WP Labuan telah menyertai Latihan Menembak anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Tuaran, baru-baru ini.

Latihan Menembak tersebut dianjurkan sempena Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah ke pusat latihan berkenaan.

Turut hadir Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya bin Sulaiman, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh bin Dikun, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, Puan Ervinah Kebahi @ Syarafina binti Ibrahim dan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Majlis telah dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama dif-dif jemputan yang hadir dan seterusnya sebagai simbolik memulakan majlis, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar telah melakukan tembakan ke sasaran yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah, bacaan ikrar dan jamuan makan tengah hari. Selain itu, turut diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 

RELA TEMBAK 5
 
RELA TEMBAK 7
 
RELA TEMBAK 9
 
RELA TEMBAK 3

41 PASKAM UMPSA TERIMA PANGKAT KADET KANAN MUDA

GAMBANG, 15 NOVEMBER – Seramai 41 Pegawai Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima Pangkat Kadet Kanan Muda bagi Pegawai Kadet PASKAM UMPSA Siri 1/2023 bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Kampus Gambang hari ini.

Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakrul Akmal bin Mat berkata, program ini adalah sebahagian daripada program pembangunan kepemimpinan mahasiswa di bawah kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Beliau turut berkata, PASKAM diwujudkan bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja berpengetahuan dalam bidang penguatkuasaan maritim tetapi juga memiliki kemahiran insaniah yang tinggi, seperti kepimpinan dan disiplin yang mantap.

"PASKAM merupakan platform inisiatif Maritim Malaysia dalam membentuk generasi muda pelapis pemimpin masa depan negara selain memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampai ucapan dalam Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Kanan Muda bagi Pegawai Kadet PASKAM UMPSA Siri 1/2023 hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Kehormat Maritim UMPSA, Leftenan Maritim Kehormat Prof. Madya Dr. Izwan bin Ismail, Leftenan Madya Maritim Kehormat Saharudin bin Ramli, para pegawai dan jurulatih PASKAM serta pegawai Maritim Negeri Pahang.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Pegawai Kehormat Maritim UMPSA, Leftenan Maritim Kehormat Prof. Madya Dr. Izwan bin Ismail berkata, program PASKAM ini telah memberi manfaat kepada pelajar dari segi pembangunan diri di samping membuka peluang kepada mereka untuk sama-sama menyumbang tenaga menjaga keselamatan perairan negara.

“Terima kasih kepada Maritim Negeri Pahang khususnya jurulatih yang telah berjaya membentuk mereka menjadi insan berdisiplin dan yang mempunyai nilai patriotisme yang tinggi,” tambah beliau.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pegawai kadet dan tetamu kehormat.

 

WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.08 PM
 
WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.10 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 11 15 at 3.54.10 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC