11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KUNJUNGAN HORMAT ZON MARITIM TANJUNG MANIS KE ATAS NAIB CANSELOR UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK

SIBU, 16 JANUARI - Zon Maritim Tanjung Manis (ZMTM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor University of Technology Sarawak (UTS), Profesor Datuk Dr Khairudin Ab. Hamid, di Pusat Pentadbiran universiti itu, semalam.

Delegasi ZMTM diketuai oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang dan turut diiringi seramai lima pegawai dan anggotanya.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mewujudkan kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dan UTS.

Dalam pertemuan itu, delegasi turut dibawa melawat ke premis universiti termasuk ke Fakulti Mekanikal bagi meninjau kemudahan serta fasiliti di UTS.

Kujungan kali ini mencerminkan kesungguhan ZMTM dalam mewujudkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi bagi menguar-uarkan peranan dan fungsi Maritim Malaysia dalam kalangan masyarakat umum.

 

KH SRWK UNI2
 
KH SRWK UNI3
 
KH SRWK UNI4

KUNJUNGAN HORMAT PERKUKUH KESIAGAAN DUA PERKHIDMATAN

PASIR PUTEH – Maritim Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan, yang diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Kelantan, Yang Dihormati SAC Ahmad Norisham bin Maarus, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah sebagai platform dalam memperkukuhkan lagi kesiap siagaan antara kedua-dua perkhidmatan dalam menangani masalah jenayah khususnya di negeri itu.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan kesamaan elemen-elemen jenayah di darat dan kawasan maritim yang berlaku di Kelantan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, melalui kunjungan ini diharapkan ia dapat mengukuhkan lagi kerjasama di antara kedua-dua perkhidmatan secara tidak langsung mampu memberikan lebih impak positif dalam melumpuhkan aktiviti jenayah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pegawai Turus E3, DSP Zuraidi bin Sidek, Pegawai Turus E5, ASP Shahran bin Jaafar, dan Ketua Khas Cawangan IPD Pasir Puteh, ASP Faizul bin Sukerna.

 

KH MNK
 
KH MNK3
 
KH MNK4

PELANCARAN KEJOHANAN SUKAN DUA JIWA SATU HATI DAN SUKAN ANTARA BADAN BERUNIFORM PIALA KETUA MENTERI MELAKA 2025

SUNGAI UDANG, 12 JANUARI – Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi bin Haji Abd Aziz, menghadiri Majlis Pelancaran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2025 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, di Lapang Sasar 400 meter Kem Terendak, semalam.

Kejohanan ini buat julung kalinya, kerajaan negeri melibatkan 11 badan beruniform.

Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati akan berlangsung dari 18 hingga 31 Januari, manakala Sukan Antara Badan Beruniform dijadualkan bermula 1 hingga 14 Februari. Sebanyak enam acara sukan akan dipertandingkan, termasuk bola sepak, sepak takraw, futsal, bola jaring, badminton, dan golf, dengan Piala Ketua Menteri Melaka menjadi rebutan utama.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, acara menembak novelti pistol VVIP turut diadakan.

Pasukan Panther, yang diwakili oleh Pengarah Maritim Negeri, meraih tempat kedua daripada lapan pasukan, tewas kepada juara, Pasukan Lion.

Dalam acara sampingan Dam Haji, Bintara Muda Maritim Yusman bin Jamil menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 50 peserta.

Permulaan yang positif ini diharap dapat menyuntik semangat kepada warga Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk terus berusaha dalam memberikan saingan sengit merebut Piala Ketua Menteri Melaka 2025.

 

TEMBAK KM MLK2
 
TEMBAK KM MLK3

2,000 PENGUNJUNG TERUJA SAKSIKAN BOT SEALEGS DI PESTA PANTAI x MESRA MARITIM

LAHAD DATU, 13 JANUARI – Zon Maritim Lahad Datu mencatatkan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung pada hari terakhir Pesta Pantai X Mesra Maritim yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Januari di Kampung Tanjung Batu, Tungku, Lahad Datu.

Pengarahnya, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali memaklumkan, program ini mendapat kerjasama erat daripada penduduk Kampung Tanjung Batu dan turut disokong oleh FELDA Sahabat serta FGV Felda Sahabat.

Turut hadir ke program ini ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik sebagai tanda sokongan.

Jelasnya, program sebegini membawa impak positif terhadap imej Agensi selain mampu mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dengan komuniti setempat, khususnya di daerah Tungku.

Program yang bermula pada 10 Januari itu diwarnai dengann pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bola tampar, pertandingan busana tradiisonal, perlumbaan bot laju, persembahan kebudayaan serta Fun Run (Larian Santai).

Terdapat juga, ruang pameran yang menempatkan reruai jabatan kerajaan termasuk Maritim Malaysia di bawah kelolaan Zon Maritim Lahad Datu, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Health Care yang mendapat perhatian pengunjung yang hadir ke program berkenaan.

Kemuncak acara berlangsung pada malam 11 Januari, iaitu dengan pengisian program kerohanian yang menampilkan dua panel penceramah jemputan, Ustazah Hajarah binti Muharram dari Sekolah Kebangsaan Bangingod, Lahad Datu dan Ustazah Farah Hazimah binti Abdul Jaid serta Ustazah Yusnida binti Yusoflatif, iaitu pengerusi Ummahat Humairah selaku moderator.

Majlis penutupan program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N60 Tungku, YB Assafal @ Samsul Kamal bin Hj Panglima Alian, yang turut menyempurnakan gimik perasmian nama baharu Pantai Pasusul.

Menurutnya, beliau memuji usaha dan komitmen yang ditunjukkan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di Lahad Datu.

“Inisiatif yang ditunjukkan Maritim Malaysia dalam menjalinkan kerjasama strategik bagi mendekati komuniti maritim wajar dipuji secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang dan memupuk kesedaran keselamatan di laut,” katanya.

Beliau yang turut diiringi Komander Maritim Dzulfikhar turut menyaksikan persembahan demonstrasi bot SEALEGS BANGGI 36 oleh para anggotannya untuk gimik pelancaran yang menjadi tarikan utama para pengunjung yang hadir ke program tersebut.

 

SEALEGS ZMLD2
 
SEALEGS ZMLD3
 
SEALEGS ZMLD4
 
SEALEGS ZMLD5

LAUNGAN SEMANGAT PEMBUKA TIRAI 2025 ZON MARITIM LAHAD DATU

LAHAD DATU, 10 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah mengadakan perhimpunan bulanan serta Majlis Bacaan Yasin sempena permulaan tahun 2025 di sini hari ini.

Perhimpunan yang diadakan di hadapan pejabat Zon Maritim Lahad Datu itu disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali.

Dalam ucapannya, beliau membincangkan pelbagai perkara antaranya perancangan serta perkongsian isu-isu semasa dan memaklumkan mengenai Teras Tujuh yang digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah kepada warga Zon Maritim Lahad Datu.

Jelasnya lagi, beliau turut menekankan tentang nilai integriti yang perlu disematkan oleh seluruh warga Zon Maritim ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin oleh warga kerja Zon Maritim Lahad Datu yang diadakan di bilik Mesyuarat Jabatan Laut.

Turut hadir sama, Timbalan Pengarah Operasi Zon, Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Pengurusan Zon, Encik Mohd. Fadzlen bin Abd Kadir dan Timbalan Pengarah Siasatan Zon, Leftenan Maritim Mohammad Yasir bin Mahamad Najib.

 

ZMLD TB2
 
ZMLD TB3
 
ZMLD TB4
 
ZMLD TB5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC