SUBANG, 13 NOVEMBER – Seramai 12 anggota lain-lain pangkat dari skuadron helikopter AW139 dan AS365N3 menerima sijil Kursus Peralihan Pesawat bagi Helikopter Operator dan Rescue Swimmer dalam Majlis Perbarisan Ketua Stesen Udara Maritim Subang Dan Majlis Penyampaian Sijil Kursus Peralihan Pesawat Bagi Helikopter Hoist Operator serta Rescue Swimmer yang diadakan di Hangar, Stesen Udara Maritim Subang, hari ini (SUMS).
Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal Bin Ridzuan dalam ucapannya menzahirkan ribuan terima kasih kepada semua warga SUMS yang terus memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi di dalam penglibatan setiap aktiviti dan program yang telah dilaksanakan di sini.
Selain itu, beliau juga mengingatkan agar pegawai dan anggota sentiasa menjaga kesihatan diri, imej dan disiplin kerana ia merupakan unsur-unsur penting yang mencerminkan kredibiliti seorang pegawai penguat kuasa.
Majlis Perbarisan Tahunan ini turut diselitkan dengan acara penyampaian sijil tamat Kursus Peralihan Pesawat bagi Helicopter Hoist Operator (HHO) dan Rescue Swimmer (RS) yang telah dilaksanakan selama 3 bulan termasuk fasa kajian bawah dan juga fasa penerbangan.
Tujuan kursus itu diadakan adalah bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan teori yang kukuh serta kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menjadi kru udara yang kompeten agar segala keperluan tugas dapat dilaksanakan dengan selamat.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

