PUTRAJAYA, 4 OKTOBER – Usaha berterusan menyampaikan maklumat penguatkuasaaan kepada masyarakat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya terima hampir 10 ribu liputan dari Januari sehingga September tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa berkata, penyampaian mesej yang tepat dan betul memberikan impak besar terhadap pandangan masyarakat kepada Agensi.
Justeru katanya lagi, seseorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) perlu mempunyai kemahiran menulis yang baik disamping menjalinkan hubungan akrab bersama media dalam memastikan maklumat dan berita sampai kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika mempengurusikan Mesyuarat Pengurusan Aduan dan Perhubungan Awam Maritim Malaysia yang dihadiri seramai 21 orang pegawai dan anggota PRO dari Maritim Negeri dan Zon Maritim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Istimewa pada mesyuarat kali ini, kesemua pegawai dan anggota yang hadir diberikan peluang pendedahan tentang realiti dan proses sebenar belakang tadbir industri media menerusi lawatan yang diadakan ke ASTRO Bukit Jalil.
Pada sesi berkenaan, delegasi telah diberi peluang melawat pelbagai unit dan fasiliti di ASTRO meliputi stesen berita AWANI, 13 buah stesen radio terkemuka di bawah naungan syarikat penyiaran itu serta peluang bertemu dengan individu-individu yang bertanggungjawab memastikan kelancaran penyiaran berita di khususnya di AWANI iaitu Ketua Editor AWANI, Najib Aroff, Ketua Penyelaras Berita Media Sosial AWANI, Hilal Azmi dan Penyampai Berita AWANI, Harits Asyraf.
Terdahulu, kesemua pegawai turut menghadiri sesi lawatan ke Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia, di Putrajaya dan berpeluang bertemu dan mengutarakan sendiri pandangan mereka terhadap kerjasama yang terjalin bersama JAPEN Negeri serta Daerah terus kepada Pengarah Kanan (Pengurusan), Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin.
Turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan kerjasama pada masa akan datang antaranya hebahan ‘Info On Boat’ serta program kerjasama Sahabat Maritim & Sahabat MADANI.
Delegasi Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perancangan Komunikasi dan Multimedia yang melaksanakan tugas Pengarah, Zulhafiq bin Halim bersama Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Mohd Amir Khusairi bin Harun. Turut hadir sama dalam sesi pertemuan tersebut Pengarah Bahagian Media Siber, Encik Chua Hin Chiew serta beberapa lagi Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan di JAPEN.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

