22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA PERTINGKAT HUBUNGAN DUA HALA PERKASA PERAIRAN SABAH

KOTA KINABALU, 9 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan WP Labuan mengorak langkah dalam memperkasakan perairan negara khususnya di Perairan Sabah melalui sebuah Program Kolaborasi Perairan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah baru-baru ini.

Hadir mewakili MKN adalah Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah iaitu Datuk Noor Alam bin A Wahid Khan bersama 12 orang delegasi dan disambut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Datuk Che Engku Suhaimi memaklumkan, program ini telah mencapai kejayaan kerana ia bukan sahaja merapatkan hubungan kedua-dua pihak malah memberi peluang kepada MKN melihat sendiri tugas dan peranan Maritim Malaysia di lapangan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kolaborasi Perairan bersama MKN di sini baru-baru ini.

Turut hadir sama pada program berkenaan, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Puan Siti Norhaini binti Osli, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz dan pegawai serta anggota yang lain.

Datuk Che Engku Suhaimi dalam pada itu berharap program seumpama ini mampu memperkasa kedua-dua pihak dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara khususnya di Perairan Sabah.

Terdahulu sebanyak empat buah aset Maritim Malaysia iaitu Kapal Maritim MEMMON, Bot Pengawal 38, Bot Perkasa 22 dan Kilat 39 telah ditugaskan untuk merealisasikan program ini di mana kesemua delegasi telah dibawa meninjau keadaan perairan Sabah termasuk lokasi pelancongan.

 

MN SABAH MKN
 
MN SABAH MKN 2
 
MN SABAH MKN 3
 
MN SABAH MKN 5
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC