MIRI, 21 OKTOBER – Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Miri semalam.
Dalam majlis itu telah diadakan sesi menandatangani Sijil Penyerahan di antara Bangkit Energy & Pro Logistic (EM) Sdn. Bhd yang diwakili oleh Encik Kaon anak Sonei, Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta disaksikan sendiri oleh Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Projek ini merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan prasarana bagi perkhidmatan keselamatan tanda keperihatinan kerajaan kepada rakyat dengan peruntukkan kos pembinaan sebanyak RM118,289,899.
Kompleks ini dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, bangunan sokongan, jeti, slipway and drive-on docking, surau, kuarters, tempat letak kenderaan dan lain-lain kemudahan berkaitan.
Perakuan Siap Kerja bagi Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Miri ini telah dikeluarkan oleh Pengarah Projek, Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 27 September 2024.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh Yahya dan Pengarah Bahagian Pembangunan APMM, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

