01
Mon, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUANTAN, 4 APRIL – Satu sesi mesyuarat penyelarasan OP NAGA BARAT Bilangan 1/2026 telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, 2 April lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, menjelaskan bahawa OP NAGA Barat merupakan satu inisiatif strategik penguatkuasaan bersepadu di kawasan perairan Barat Semenanjung Malaysia.

Tambah beliau, operasi ini memberi fokus kepada usaha membanteras jenayah maritim seperti pencerobohan perairan, aktiviti penangkapan ikan secara haram serta pelbagai ancaman lain yang menjejaskan kedaulatan negara.

Mazlan turut menekankan bahawa kejayaan operasi ini tidak boleh bergantung kepada satu agensi sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu pelbagai agensi. Selain Maritim Malaysia, antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta sokongan agensi lain dan rakan strategik industri termasuk PETRONAS.

Terdahulu, mesyuarat ini diadakan bagi menilai keberkesanan operasi terdahulu, meneliti pencapaian serta mengkaji kekangan dan cabaran di lapangan termasuk isu logistik, kekurangan aset dan cabaran taktikal.

“Ia juga bertujuan merancang penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan operasi pada masa akan datang menjadi lebih berkesan,” tambah beliau.

Dalam merangka strategi ke hadapan, beliau berharap agar perbincangan ini dapat menghasilkan pendekatan berimpak tinggi termasuk meningkatkan kehadiran aset di kawasan hotspot, mengadaptasi penggunaan teknologi pemantauan baharu seperti kecerdasan buatan (AI), serta mempertingkat kecekapan anggota di lapangan.

Beliau turut menegaskan, walaupun berdepan pelbagai cabaran, OP NAGA BARAT telah terbukti memberi impak positif dalam mengurangkan jenayah maritim serta kes pencerobohan nelayan asing, khususnya dari Vietnam.

Operasi ini juga menyumbang kepada peningkatan hasil tangkapan nelayan tempatan serta memperkukuh perlindungan ke atas aset strategik negara termasuk pelantar minyak.

OP NAGA BARAT2
 
OP NAGA BARAT4
 
OP NAGA BARAT5
 
OP NAGA BARAT6

LUMUT, 3 APRIL – Maritim Negeri Perak berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan daun ketum dengan penahanan dua lelaki tempatan dalam satu operasi di perairan Pulau Pangkor, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kejayaan itu hasil maklumat risikan yang diterima pihaknya berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan sebelum bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi terbabit bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Pemeriksaan ke atas sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.3 batu nautika di timur Pulau Pangkor mendapati, bot tersebut dikendalikan dua lelaki tempatan,

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 15 bungkusan beg plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum dipercayai untuk edaran sekitar Pulau Pangkor, ” katanya lagi.

Menurut beliau, kedua-dua suspek termasuk tekong berusia antara 32 hingga 46 tahun, bot serta barang rampasan seberat keseluruhan 75.3 kilogram dianggarkan bernilai kira- kira RM110 ribu, telah ditahan dan diiring ke Jeti Perikanan Kampung Acheh kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Negeri Perak akan terus mempergiat rondaan serta memperkukuh risikan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang di perairan negara.

KETUM LUMUT
 
KETUM LUMUT2
 
KETUM LUMUT3
 
KETUM LUMUT5

TANJUNG MANIS, 3 APRIL – Gara-gara gagal mengemukakan sijil penguntukan radas, sebuah vesel nelayan tempatan kelas C ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis di sini, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Anak Juing berkata,vesel itu ditahan oleh sepasukan anggota bot Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan rutin Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 pada pukul 1.26 petang di kedudukan lebih kurang 12.4 batu nautika timur Tanjung Jerijeh.

“Vesel yang dinaiki oleh enam orang kru warganegara Malaysia tersebut disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu gagal mengemukan sijil penguntukan radas semasa diperiksa” katanya lagi.

Tambahnya, penguntukan radas ialah kebenaran rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menggunakan frekuensi spektrum radio tertentu. Ia dikawal selia, melibatkan fi, dan penting untuk penggunaan peranti radio secara sah.

Vesel dan kru itu seterusnya ditahan serta diiringi menuju ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut.

Mahkos dalam pada itu menasihatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa dan sentiasa mematuhi prosedur keselamatan ketika berada di laut untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-3572 8765 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544 untuk tindakan segera.


RADAS TG MANIS

BINTULU, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C kerana melanggar syarat sah lesen dalam dua operasi berasingan di perairan Kuala Serupai dan Kuala Tatau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kedua-dua vesel tersebut dikesan melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan dalam operasi Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019.

Jelas Suffian, vesel pertama ditahan pada kedudukan 5.6 batu nautika barat laut Kuala Serupai kira-kira pukul 12.40 tengah hari, manakala vesel kedua ditahan pada kedudukan 10.2 batu nautika barat laut Kuala Tatau sekitar pukul 2.47 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 apabila menangkap ikan di bawah jarak yang ditetapkan iaitu kurang 12 batu nautika di Kuala Tatau dan kurang tujuh batu nautika di Kuala Serupai,” kata beliau lagi.

Beliau turut berkata, jika disabitkan kesalahan, pemilik vesel boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua vesel bersama kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Suffian turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat lesen yang ditetapkan bagi memastikan sumber perikanan negara terus terpelihara dan aktiviti di laut berjalan dengan selamat.

Sementara itu beliau turut meminta kepada orang awam khususnya komuniti maritim untuk memberikan maklumat, aduan atau melaporkan kecemasan di laut ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 untuk tindakan segera.

VESEL BINTULU2
 
VESEL BINTULU3
 
VESEL BINTULU4

Grid List

INTERPOL LITMUS PROJECT - CRBNE

KUANTAN, 19 October - Maritime Academy Sultan Ahmad Shah (AMSAS) and INTERPOL today successfully cooperating in the INTERPOL-PROJECT litmus CRBNE. The project is a training law enforcement operations aimed to enhancing the capabilities and skills of the authorities in taking initial action cases, identify, investigate, and prosecute wrongdoing use of chemical agents. The next objective of this training is to detect and identify the presence of toxic and explosive chemical agents abused by criminals and criminal gangs.
 
PROJECT INTERPOL LITMUS-CRBNE was inaugural held by an academy in cooperation with INTERPOL runs from 19 to 23 October 2015. The compliment was given to AMSAS because the INTERPOL has choose this organisation to be one of the course platform organiser, and in line with the AMSAS intention to become a Training Institute under the Malaysian Technical Corporation Program and a National Institute of Public Training with the AMSAS future project to be the Maritime Centre of Excellence in the region.
 
With the total of twenty-four officers participants from Pakistan Police, six officers from Royal Malaysia Police  and two officers of the  Malaysian Maritime Enforcement Agency has attended the course. Also presents at the course was First Admiral Datuk Mohd Taha Ibrahim, AMSAS Director of Education and Training, the representatives from Pakistan Consulate in Kuala Lumpur and representatives from NCB.
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON