19
Tue, Mar

FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga APMM dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di APMM. BTM dibahagikan kepada empat cawangan dan fungsi setiap cawangan adalah seperti berikut:

Cawangan Pengurusan Aplikasi
a. Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau sistem aplikasi maritim APMM.
b. Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau aplikasi pengurusan.
c. Membantu teknikal aplikasi perdana.
d. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.
e. Memberi latihan kepada pengguna.
f. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.

Cawangan Pengurusan Operasi
a. Merancang, melaksana, menyelenggara dan memantau pusat data, perkakasan dan perisian ICT APMM.
b. Melaksana dan memantau penggunaan MyGovUC (Sistem Komunikasi Bersepadu Sektor Awam) dan sidang video (VC) di APMM.
c. Memberi latihan kepada pengguna.
d. Menyediakan khidmat meja bantuan dan bantuan teknikal kepada pengguna.

Cawangan Pengurusan Laman Web, Multimedia dan Pentadbiran
a. Membantu teknikal aplikasi perdana.
b. Merancang, membangun dan menyelenggara aplikasi multimedia.
c. Merancang, membangun dan menyelenggara laman web dan media sosial.
d. Menyelaras, mengurus dan memantau Pembangunan Pelan Strategik ICT.
e. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
f. Menyelaras kelulusan teknikal projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA)
g. Memberi latihan kepada pengguna.
h. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.

Cawangan Pengurusan Rangkaian dan Keselamatan ICT
a. Merancang, menggubal dan melaksana Dasar Keselamatan ICT (DKICT).
b. Menyelenggara sistem rangkaian dan komunikasi APMM serta MyGovNet*APMM.
c. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan keselamatan ICT.
d. Memberi latihan kepada pengguna.
e. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada pengguna.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON