OBJEKTIF UNIT INTEGRITI
Objektif umum adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan supaya ia dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
VISI UNIT INTEGRITI Integriti Tunggak Kejayaan Penguatkuasaan di Laut.
MISI Memantapkan integriti warga kementerian agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.
FUNGSI Bertanggung jawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan optimum.
|