Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah sebuah agensi keselamatan yang ditubuhkan untuk menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia. Agensi juga bertanggungjawab mengkoordinasi tugas mencari dan menyelamat maritim.Selaras dengan fungsi yang ditetapkan, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan dan perlaksanaan berikut :
- Sekurang-kurangnya 7 vesel beroperasi di laut pada setiap hari di setiap Wilayah Maritim;
- Menggerakkan aset tersedia dalam tempoh 60 minit daripada penerimaan aduan atau permohonan bantuan;
- Berada di lokasi dalam masa 2 jam selepas menerima panggilan kecemasan maritim;
- Memberi laporan status penyiasatan kesalahan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permintaan; dan
- Memberi maklum balas aduan awam dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.









