19
Tue, Mar

FUNGSI BAHAGIAN RISIK

PUNCA KUASA APMM BAGI MENJALANKAN RISIKAN

 

(SEKSYEN 3(2) AKTA APMM (AKTA 633) )

Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya di dalam Zon Maritim Malaysia bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan. kesejahteraan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.

(SEKSYEN 3(3) AKTA POLIS 1967 (AKTA 344) )

Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah digunakan khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.

 

(VISI)

Menjadi badan perisikan maritim yang disegani dalam aspek keupayaan modal insan serta teknologi di persada negara dan antarabangsa.

(MISI)

Menghasilkan risikan berkualiti  bagi menyokong penguatkuasaan yang efektif di Zon Maritim Malaysia.

 

(TERAS BAHAGIAN PERISIKAN)

 

OPERASI RISIK

Mengumpul maklumat serta menganalisa ancaman kumpulan pengganas, sindiket pendatang tanpa izin, lanun, nelayan asing dan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Mengawal selia serta mengendalikan sumber-sumber hidup.

Mengendali konsep penyamaran.

Mempromosikan Agensi. (Program Sahabat Maritim)

 

KESELAMATAN MEDAN

Mengendalikan tapisan halus terhadap calon-calon untuk lantikan ke Agensi.

Menjaga keselamatan fizikal dan dokumentasi Bahagian Perisikan

Mengeluarkan pas-pas keselamatan.

 

ANALISA STRATEGIK

Mengumpul maklumat dari bahan-bahan terbuka dan tertutup.

Menganalisa, memproses dan mengedar laporan, termasuk laporan positif dan negatif mengenai keselamatan zon maritim.

Menyedia laporan perisikan berkaitan dengan keselamatan maritim secara berkala.

Mengkaji kemungkinan ancaman dalam zon Maritim seperti pendatang tanpa izin, nelayan asing, penyeludupan, pengganas dan jenayah rentas sempadan.

Liaison dengan agensi Coast Guard luar negara atau badan-badan perisikan yang ada hubung kait dengan keselamatan maritim.

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON