13
Rab, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA

KUANTAN, 4 Disember - Pengarah Maritim Negeri PahangLaksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Komisaris Polisi Taufik Hidayat Arfiansyah.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan jalinan kerjasama disamping bertukar-tukar pandangan serta maklumat antara kedua-dua pihak dalam isu-isu semasa. Pihak Maritim Negeri Pahang menyambut baik usahasama yang sedia terjalin antara dua negara dan berharap hubungan dua hala yang baik ini akan berterusan pada masa hadapan.

  3  4

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

 

LAKSAMANA PERTAMA HAJI AMRAN DILANTIK PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG YANG BAHARU

KUANTAN, 26 NOV - Maritim Negeri Pahang hari ini telah menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru dengan pelantikan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang bagi menggantikan Pengarah terdahulu Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar yang akan bertukar keluar ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim.

 

Majlis serah terima tugas ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Mohamed di perkarangan utama Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.

 

Dato’ Zulkarnain berkata, pelantikan Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu ini diharap dapat meneruskan kelangsungan prestasi Maritim Negeri Pahang, seterusnya meningkatkan usaha memerangi ancaman jenayah serta memperkasakan tugas mencari dan menyelamat di laut.

 

Tambahannya,dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada , saya percaya ia dapat digunakan sehabis baik demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Malaysia amnya dan Negeri Pahang khususnya seterusnya mengukuhkan hubungan Maritim Malaysia dengan masyarakat.

 

Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan memberi nasihat serta pesanan kepada seluruh warga Maritim Negeri Pahang agar sentiasa bekerja dengan ikhlas dan progresif bagi memacu Agensi ini ke tahap yang lebih cemerlang dan memberi kerjasama serta komitmen sepenuhnya kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru untuk mencapai Visi dan Misi kearah kecermelangan, kata beliau dalam ucapan pagi tadi.

 

1   2

 

4   3

SUMBER : Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang

HUBUNGAN ANTARA KOMUNITI MARITIM DENGAN MARITIM NEGERI PAHANG DIRAPATKAN MELALUI MEDIUM SUKAN

KUANTAN, 25 Nov -  Maritim Negeri Pahang telah menganjurkan Kejohanan  Bola Sepak yang diadakan di Padang Bola Sepak Sekolah Menegah Kebangsaan Pelindung, Berserah pagi semalam. 

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Lt Kdr (M) Muharam bin Abd Hamid, Pegawai Perhubungan         

Kawasan Kampung Angkat Kuala Pahang. Sebanyak empat pasukan telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Maritim Negeri Pahang, Kampung Berserah Pantai, Kampung Kuala Pahang dan Kampung Pantai Sepat.

Kejohanan ini telah dimenangi oleh Kampung Berserah Pantai, manakala Maritim Negeri Pahang telah menduduki tempat kedua.

Maritim Negeri Pahang juga telah menganjurkan Kuliah Magrib di Masjid Jamek Berserah dan kuliah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rosmaini bin Abd Rahman.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pemuda komuniti maritim dengan Maritim Negeri Pahang melalui medium sukan.

1   4

 

2  5

 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

 

 

MAJLIS SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 25 NOV - Majlis serah  terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang telah diadakan di auditorium MN Pahang, semalam.

 

Mantan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri PahangLaksamana Pertama MaritimHaji Amran bin Haji Daud akan diperjawatkan sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang pada 26 November 2019 ini dan menyerahkan tugas kepada Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan pengarah (Pengutakuasaan dan Eksesais) Maritim Negeri Sarawak.

 

Acara serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar. 

 

Dalam ucapannya, beliau mengucapkantahniah dan berharap dengan pengalaman yang dimiliki oleh KeptenMaritim Hamiludin dapat digunakan sehabis baik dalam menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Negara.

 

1   2

 

3   4

PERHIMPUNAN BULANAN ZON MARITIM TAWAU

TAWAU, 14 NOV – Satu majlis Perhimpunan Bulanan Pengarah Zon Maritim bersama warga Zon Maritim Tawau telah diadakan pada 14 November lalu bertempat di Aras 1, ruang legar pejabat Zon Maritim Tawau.
Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan yang julung kalinya diadakan di antara Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama warga Zon Maritim Tawau. Dalam ucapannya turut menyampaikan beberapa amanat kepada semua warga Zon Maritim Tawau agar mengetahui akan setiap limit tugasan yang dijalankan yang mana imej Agensi khususnya hendaklah sentiasa dijaga.
 
Pegawai dan anggota juga hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai menghormati terhadap pegawai atasan. Justeru itu, aspek kebajikan warga Zon Maritim Tawau akan sentiasa diberikan tumpuan berdasarkan penelitian dan melalui saluran yang betul.
Beliau dalam ucapannya juga turut menekankan mengenai pentingnya untuk menyimpan kerahsian segala data maklumat yang melibatkan pengoperasian Agensi. Pihaknnya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah serta penglibatan dalam gejala rasuah. Akhir ucapan, beliau juga mengharapkan setiap pegawai dan anggota perlu bersama-sama membangunkan nama Agensi diperingkat yang lebih tinggi khasnya Zon Maritim Tawau.
Antara pengisian majlis perhimpunan kali ini adalah penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan kepada LK (M) Mohd Saiful Azli bin Zulkefli dari Unit Bot Kilat 38 bagi sesi bulan Oktober 2019. Turut hadir dalam perhimpunan pada kali ini ialah Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Encik Boney Joumil dan Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui dan menaikkan imej APMM khususnya Zon Maritim Tawau.
 
 
web1 web2
web3 web4
 
Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau

Lebih banyak artikel..

Grid List

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC