DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA
KUANTAN, 4 Disember - Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Komisaris Polisi Taufik Hidayat Arfiansyah.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan jalinan kerjasama disamping bertukar-tukar pandangan serta maklumat antara kedua-dua pihak dalam isu-isu semasa. Pihak Maritim Negeri Pahang menyambut baik usahasama yang sedia terjalin antara dua negara dan berharap hubungan dua hala yang baik ini akan berterusan pada masa hadapan.
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG
MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026
KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.
Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.