TANJUNG MANIS, 5 Februari – Zon Maritim Tanjung Manis telah melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan di laut dalam memastikan komuniti maritim (Industri Perkapalan) dan komuniti nelayan mematuhi undang-undang sedia ada serta sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan mereka sepanjang keberadaan mereka di laut,semalam.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz Bin Md Kassim berkata, kempen ini dilaksanakan secara berterusan untuk mengingatkan mereka mengenai ciri-ciri keselamatan diri dan harta benda bagi mengelakkan tiada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
“Di dalam usaha berterusan dala memutuskan rantaian penularan Covid-19 juga, pihak APMM yang berada di lapangan akan sentiasa memeriksa tahap kesihatan mereka dan memastikan destinasi pelayaran mematuhi Garis Panduan sepanjang Pelaksanaan PKP dan PKPB oleh pihak berkuasa”, tambah Ariz.
Ariz turut mengingatkan agar semua komuniti maritim (Industri Perkapalan) dan nelayan sentiasa memastikan tahap kesihatan kru vesel/bot masing-masing sebelum memulakan atau meneruskan pelayaran dalam usaha berterusan bagi mengekang jangkitan Pandemik Covid-19 di kalangan mereka.



















.svg.png)

