KUCHING, 10 Februari – Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Bin Muhammad, bertempat di Pejabat Panglima Medan Timur Tentera Darat, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Kota Samarahan, pagi tadi.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan Pengarah Maritim Negeri Sarawak yang baharu kepada Panglima Medan Timur Tentera Darat dan membincangkan isu-isu berkenaan Operasi Penguatkuasaan dan Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan negeri Sarawak.
Perbincangan tersebut dijangka akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama pihak berkuasa bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di negeri Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan dengan jalinan kerjasama dalam penganjuran aktiviti bersama di masa akan datang.






















.svg.png)

