03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

NELAYAN DISELAMATKAN DI PERAIRAN PERAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

LUMUT, 27 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak semalam telah menyerahkan seorang lelaki warga Indonesia yang diselamatkan di perairan negeri itu kepada wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur selepas proses pengesahan identiti dan dokumentasi selesai dijalankan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob memaklumkan, pada 23 November lalu, kru bot nelayan PKFB 1520 telah menyelamatkan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia yang hanyut berpaut pada pelampung dan membawanya ke Jeti Pantai Remis untuk diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM kemudian menyerahkan mangsa kepada Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut.

Bahagian Siasatan Maritim Negeri Perak turut memaklumkan kejadian berkenaan kepada KBRI Kuala Lumpur melalui emel dan panggilan telefon bagi menyelaras proses serah terima.

Proses penyerahan rasmi kepada wakil KBRI dijalankan dengan kehadiran Akhmad Baihaqie (Minister Counsellor), Muiz Mediawan (Staf Fungsi Konsuler) dan Tubagus Drajat Sujai (Staf Kerumahtanggaan).

Penyerahan ini mencerminkan hubungan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan di perairan kedua-dua negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

SERAH NELAYAN INDO2
 
SERAH NELAYAN INDO4
 
SERAH NELAYAN INDO3

OPERASI CARILAMAT VESEL HAMPIR KARAM ; 18 MANGSA SELAMAT, 1 TERKORBAN

LANGKAWI, 27 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang diaktifkan selepas sebuah vesel dilaporkan hampir karam di perairan Timur Laut Pulau Perak semalam kini mencapai perkembangan terbaharu apabila kesemua 19 mangsa berjaya ditemui, dengan 18 mangsa disahkan selamat manakala seorang lagi meninggal dunia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, memaklumkan bahawa KD LEDANG milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengesan kesemua mangsa sebelum memberikan rawatan awal kepada mereka. Mangsa yang meninggal dunia turut dibawa untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

KD LEDANG kemudian tiba di Jeti TLDM MAWILA 3 pada pukul 6.00 pagi dan kesemua mangsa menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan satu mayat lelaki diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Selesai pemeriksaan, kesemua 18 mangsa selamat diserahkan kepada Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana 18 mangsa lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas serta koordinasi yang sangat baik antara semua agensi,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan operasi ini membuktikan kesiapsiagaan dan komitmen pasukan penyelamat dalam memastikan keselamatan nyawa di laut sentiasa menjadi keutamaan.

“Dengan kesemua mangsa telah ditemui, Op CARILAMAT kini ditamatkan sepenuhnya,” jelas Romli lagi.

Maritim Malaysia melalui MRSC Langkawi merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama dan dedikasi sepanjang operasi berlangsung, selain menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan dan koordinasi keselamatan di perairan negara.

OPCARILAMAT LUMUT2
 
OPCARILAMAT LUMUT3
 
OPCARILAMAT LUMUT4
 
OPCARILAMAT LUMUT6

LIMA PEMANCING SELAMAT SELEPAS BOT TERBALIK AKIBAT CUACA BURUK

PELABUHAN KLANG, 25 NOVEMBER - Lima pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk akhirnya ditemukan selamat di sangkar ikan berhampiran Pulau Ketam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, insiden berlaku selepas kumpulan itu keluar menangkap ikan pada 23 November lalu sebelum mereka dilaporkan tidak pulang ke pangkalan dan gagal untuk dihubungi.

Menurut Abdul Muhaimin, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima laporan awal daripada seorang ahli keluarga mangsa, Mohd Redzuan, yang memaklumkan kehilangan bot berkenaan.

"Pada jam 12.50 tengah hari semalam, komuniti maritim melaporkan penemuan sebuah bot fiber terbalik kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Pulau Ketam, dipercayai bot dinaiki lima mangsa tersebut,"

“Susulan itu, dua aset Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pencarian awal, tambah beliau," ujarnya.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudiannya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 1.00 petang semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti nelayan Kampung Telok Nipah, Pelabuhan Klang.

Pada sekitar jam 4.47 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada seorang individu yang dikenali sebagai Anuar, memaklumkan lima mangsa telah ditemukan di sangkar ikan di perairan Pulau Ketam dan kesemua mangsa yang terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur 23 hingga 57 tahun dalam keadaan selamat.

Kelima-lima mangsa telah dibawa ke jeti nelayan Kampung Telok Nipah dengan bot PENGGALANG 31 dan telah selamat tiba pada jam 5.50 petang semalam. Dua mangsa mengalami kecederaan di kaki akibat disengat ikan.

Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, insiden tersebut berlaku apabila bot dinaiki mereka terbalik kerana cuaca buruk dan mereka berenang ke sangkar ikan berhampiran bagi menyelamatkan diri.

Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk tindakan lanjut dan Operasi CARILAMAT telah ditamatkan pada jam 6.30 petang.

Maritim Malaysia sekali lagi mengingatkan kepada orang awam supaya mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut. Penggunaan jaket keselamatan dan pemantauan cuaca semasa amat penting ketika berada di laut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

PEMANCING SEL
 
PEMANCING SEL2
 
PEMANCING SEL3
 
PEMANCING SEL4

OP TIRAI BIRU PERKUKUH KERJASAMA AGENSI KESELAMATAN DI PERAIRAN MELAKA

KUALA LINGGI, 26 NOVEMBER – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab menyelaras OP TIRAI BIRU yang berlangsung selama dua hari bermula 24 hingga 25 November 2025, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta tahap keselamatan di perairan Negeri Melaka walaupun berdepan dengan cabaran cuaca Monsun Timur Laut.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, operasi bersepadu yang julung kali dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada pemantauan ketat di perairan termasuk pesisir pantai terhadap aktiviti mencurigakan serta penguatkuasaan undang-undang berpandukan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Operasi Bersepadu Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Operasi ini membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah serta Pasukan Polis Marin Wilayah 2 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

Taklimat Operasi Bersepadu OP TIRAI BIRU telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan semalam yang bertujuan memperincikan strategi operasi hari kedua termasuk penyelarasan rondaan, pengukuhan mekanisme perkongsian maklumat serta penetapan peranan setiap agensi.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Komander Maritim Norrimi bin Hassan.

Secara keseluruhan, seramai 28 pegawai dan 73 anggota digerakkan dengan kekuatan 11 aset darat serta lima aset laut melibatkan rondaan, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh operasi.

Sebanyak 22 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan vesel di laut serta kenderaan dan premis di pesisir pantai. Seramai 153 individu diperiksa yang terdiri daripada 56 warganegara dan 97 bukan warganegara, merangkumi 46 warga China, 23 warga Indonesia, 15 warga India, enam warga Ukraine, lima warga Georgia, seorang warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh.

Daripada jumlah tersebut, seramai tiga individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kerjasama strategik melalui OP TIRAI BIRU ini akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.

OP TIRAI BIRU
 
OP TIRAI BIRU2
 
OP TIRAI BIRU3
 
OP TIRAI BIRU4

TUJUH WARGA ASING DITAHAN TANPA PERMIT SAH DALAM OP REDBACK 21/2025

PULAU PINANG, 27 NOVEMBER – Seramai tujuh pekerja sangkar ikan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang dalam dua pemeriksaan berasingan Operasi Redback 21/2025 di perairan Batu Kawan sejak semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, tangkapan pertama dibuat pada petang semalam ketika sebuah bot peronda Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa sangkar ikan yang beroperasi di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pemeriksaan menemukan sebuah sangkar ikan yang terletak 2.7 batu nautika barat Batu Kawan, yang menggajikan enam warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Manakala pada pagi tadi, seorang lagi pekerja sangkar ikan yang juga warga Myanmar turut ditahan di kawasan sama selepas beliau gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, manakala pemilik sangkar ikan berkenaan turut berdepan tindakan kerana mengendalikan operasi tanpa lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Semua individu berkenaan telah dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan dan tindakan lanjut

OPREDBACK SANGKAR3
 
OPREDBACK SANGKAR

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC