03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 31 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C kerana didapati melanggar syarat sah lesen apabila menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan tersebut dilakukan pada sekitar pukul 12.18 tengah hari di kedudukan kira-kira 7.23 batu nautika barat daya Pulau Buloh ketika Kapal Maritim (KM) NUSA sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga orang awak-awak warga Myanmar.”

“Kesemua awak-awak memiliki dokumen pengenalan diri (kad MRO), namun tekong didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk pemeriksaan,” ujar beliau.

Susulan itu, kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Negeri Perak memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, dan akan terus memperhebatkan rondaan serta penguatkuasaan di perairan negeri bagi membanteras pencerobohan dan aktiviti haram.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim diminta menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 untuk tindakan dan maklum balas segera.

VESEL PERAK
 
VESEL PERAK3
 
VESEL PERAK4

MARITIM MALAYSIA RAMPAS 6 TAN BIJIH TIMAH BERNILAI RM600 RIBU

BATU PAHAT, 30 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas kira-kira enam tan bijih timah dianggarkan bernilai RM600 ribu selepas menahan sebuah bot barter trade dari Indonesia dalam rondaan operasi penguatkuasaan di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, bot berkenaan ditahan sekitar pukul 3.00 pagi, kira-kira 0.1 batu nautika di barat daya Pulau Sialu, hasil operasi penguatkuasaan maritim yang dijalankan.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan ke atas bot tersebut menemukan 120 guni berisi bijih timah dengan anggaran berat keseluruhan sekitar 6,000 kilogram dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Seramai tiga kru bot terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warganegara Indonesia berusia antara 33 hingga 59 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Perintah Penahanan (Detention Order, DO) awal juga telah dikeluarkan terhadap bot berkenaan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, bot bersama muatan dan kru kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Mengulas lanjut, Mohammad Zaini menegaskan kejayaan rampasan itu mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam membanteras aktiviti penyeludupan serta memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti haram di perairan negara tanpa kompromi.

BIJIH TIMAH2
 
BIJIH TIMAH3
 
BIJIH TIMAH4

MARITIM MALAYSIA BANTU PEMINDAHAN BAYI LAPAN BULAN ALAMI PENDARAHAN DALAMAN DARI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 25 DISEMBER – Seorang pesakit bayi berusia lapan bulan yang mengalami pendarahan dalaman (Intracranial Bleed) telah berjaya dipindahkan dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Mersing menerusi operasi bantuan pemindahan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan, hari ini.

Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, MRSC Kuantan telah menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan Klinik Kesihatan Tekek lebih kurang pukul 4.45 petang semalam, yang memohon bantuan pemindahan segera pesakit, Siti Haura Eleena binti Ederus, berikutan keadaan kesihatan yang kritikal.

“Maklumat awal telah disalurkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Pahang dan aset bot PERKASA 1246 diaturgerakkan ke lokasi. Namun, usaha tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan laut yang sangat teruk dan berbahaya kepada keselamatan kru.” katanya.

“Percubaan kedua untuk menggerakkan bot pagi tadi juga tidak berjaya atas faktor yang sama. Susulan itu, MRSC Kuantan telah memohon bantuan Kapal Maritim (KM) TATAU bagi melaksanakan pemindahan pesakit tersebut.” ujar beliau lagi.

Kapal berjaya tiba di Jeti Pulau Tekek pada pukul 11.00 pagi walaupun berdepan dengan ombak dan arus yang kuat.

Pesakit bersama pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tekek dan diiringi kedua-dua ibu bapanya dibawa menaiki kapal tersebut dan kemudiannya berlepas dari jeti pada pukul 11.30 pagi menuju ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum selamat tiba pada pukul 1.40 petang.

Pesakit seterusnya diserahkan kepada ambulans Hospital Mersing untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Maritim Malaysia menasihati orang ramai agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan di laut.

MEDEVAC BAYI
 
MEDEVAC BAYI2
 
MEDEVAC BAYI5
 
MEDEVAC BAYI6

PENCARIAN KRU BOT NELAYAN DI TANJUNG KUBUNG MASUK HARI KEDUA

LABUAN, 25 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan meneruskan pencarian seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri terjatuh ke laut di perairan Tanjung Kubung untuk hari kedua hari ini.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Hj Idros berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) memasuki hari kedua ini dimulakan seawal pukul 7.00 pagi dengan pembahagian sektor pencarian melibatkan keluasan kira-kira 68 batu nautika persegi.

Menurut beliau, operasi dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan beberapa aset Maritim Malaysia serta agensi keselamatan lain bagi meningkatkan keberkesanan pencarian mangsa.

“Antara aset digerakkan ialah KM LAHAD DATU yang meliputi sektor B-1 bersama Bot PENGGALANG 24, Bot PSC 1 milik Pasukan Polis Marin di sektor B-3, serta sebuah Bot Kevlar milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menumpukan pencarian di kawasan pesisir pantai sekitar utara Labuan,” katanya.

Terdahulu mangsa dikenali sebagai Rosli bin Awit, 49, warganegara Malaysia berasal dari Tawau, Sabah, dipercayai terjatuh ke laut kira-kira pukul 8.43 pagi pada hari kejadian. Mangsa dilaporkan kali terakhir memakai baju lengan panjang berwarna biru.

Izwanhadi dalam pada itu turut berkata, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian akan diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca serta faktor keselamatan anggota dan aset terlibat.

Orang awam, khususnya komuniti maritim dan nelayan yang berada di sekitar perairan Tanjung Kubung, diminta menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu usaha pencarian.

Maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

CARILAMAT LABUAN2

PENYERAHAN TIGA WARGA INDONESIA KEPADA KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA DI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 25 DISEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penyerahan tiga orang warga Indonesia kepada pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Pulau Pinang pada pagi semalam.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli, kepada delegasi KJRI Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Canselori Konsulat Indonesia, Puan Lusy Surjandari, bersama Pegawai Perhubungan Dalaman Konsulat Indonesia, Leftenan Komander Fuad Hilmi.

Ketiga-tiga warga Indonesia berkenaan merupakan mangsa yang diselamatkan oleh kapal tanker MT ORKIM HARMONY selepas terjatuh ke laut dalam satu kejadian yang berlaku pada 20 Disember lalu di perairan Pulau Indah, Selangor.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan serta memperkukuh kerjasama dua hala dengan negara jiran, khususnya dalam aspek keselamatan maritim dan kebajikan warga asing yang terlibat dalam insiden di perairan negara.

Kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia ini mencerminkan hubungan baik serta semangat kemanusiaan yang tinggi antara kedua-dua negara.

SERAH NELAYAN2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC