10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

LIMA PEMANCING SELAMAT SELEPAS BOT TERBALIK AKIBAT CUACA BURUK

PELABUHAN KLANG, 25 NOVEMBER - Lima pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk akhirnya ditemukan selamat di sangkar ikan berhampiran Pulau Ketam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, insiden berlaku selepas kumpulan itu keluar menangkap ikan pada 23 November lalu sebelum mereka dilaporkan tidak pulang ke pangkalan dan gagal untuk dihubungi.

Menurut Abdul Muhaimin, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima laporan awal daripada seorang ahli keluarga mangsa, Mohd Redzuan, yang memaklumkan kehilangan bot berkenaan.

"Pada jam 12.50 tengah hari semalam, komuniti maritim melaporkan penemuan sebuah bot fiber terbalik kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Pulau Ketam, dipercayai bot dinaiki lima mangsa tersebut,"

โ€œSusulan itu, dua aset Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pencarian awal, tambah beliau," ujarnya.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudiannya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 1.00 petang semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti nelayan Kampung Telok Nipah, Pelabuhan Klang.

Pada sekitar jam 4.47 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada seorang individu yang dikenali sebagai Anuar, memaklumkan lima mangsa telah ditemukan di sangkar ikan di perairan Pulau Ketam dan kesemua mangsa yang terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur 23 hingga 57 tahun dalam keadaan selamat.

Kelima-lima mangsa telah dibawa ke jeti nelayan Kampung Telok Nipah dengan bot PENGGALANG 31 dan telah selamat tiba pada jam 5.50 petang semalam. Dua mangsa mengalami kecederaan di kaki akibat disengat ikan.

Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, insiden tersebut berlaku apabila bot dinaiki mereka terbalik kerana cuaca buruk dan mereka berenang ke sangkar ikan berhampiran bagi menyelamatkan diri.

Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk tindakan lanjut dan Operasi CARILAMAT telah ditamatkan pada jam 6.30 petang.

Maritim Malaysia sekali lagi mengingatkan kepada orang awam supaya mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut. Penggunaan jaket keselamatan dan pemantauan cuaca semasa amat penting ketika berada di laut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

PEMANCING SEL
 
PEMANCING SEL2
 
PEMANCING SEL3
 
PEMANCING SEL4

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC