03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAGI VESEL PUKAT TUNDA LANGGAR LESEN DI PERAIRAN TABAWAN

LAHAD DATU, 7 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah vesel pukat tunda yang didapati beroperasi dalam zon larangan perikanan di perairan Tabawan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, penahanan dilakukan sekitar pukul 2.10 petang pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut Pulau Batik oleh anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023 dan Op Tiris 3.0.

“Pemeriksaan awal mendapati vesel tersebut dikendalikan tiga warga Indonesia berusia 30 hingga 46 tahun serta seorang kru tempatan berbangsa Bajau berusia 35 tahun,”

“Turut ditemukan ialah hasil tangkapan ikan dianggarkan 800 kilogram. Semua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” jelas Dzulfikhar.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan, vesel berkenaan telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 apabila didapati menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat, iaitu kawasan yang tidak dibenarkan untuk operasi perikanan komersial.

Menurut Dzulfikhar, peraturan zon operasi ini diwujudkan bagi mengelakkan eksploitasi kawasan pantai dan memastikan aktiviti penangkapan ikan dijalankan secara bertanggungjawab.

“Maritim Malaysia akan terus bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha bot yang masih berdegil melanggar syarat lesen, terutamanya di kawasan larangan,” katanya.

Vesel, kru dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan maklumat aktiviti mencurigakan melalui WhatsApp 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

PUKAT LAHAD DATU
 
PUKAT LAHAD DATU3

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

LUMUT, 5 DISEMBER – Empat lelaki warga Indonesia yang diselamatkan selepas bot mereka rosak di perairan Pulau Jarak baru-baru ini telah diserahkan secara rasmi kepada wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, hari ini.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob menjelaskan, maklumat awal telah diterima daripada Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) Lumut, yang memaklumkan bahawa keempat-empat mangsa telah ditemukan dan diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam dua fasa berbeza.

Menurut beliau, dua mangsa pertama tiba di Tambatan Pangkalan Lumut pada 30 November menggunakan FCB 1030, manakala dua lagi mangsa diserahkan pada 3 Disember selepas bot ronda Maritim Malaysia mengambil mereka daripada KD KINABALU ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan lanjut.

Kesemua mangsa dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Perak bagi proses dokumentasi, pengesahan identiti dan urusan diplomatik bersama pihak kedutaan sebelum diserahkan hari ini.

Proses serah terima disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik bersama Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Maritim Mohamad Fuad Ja’afar.

Pihak Indonesia pula diwakili oleh Pak Garda Arian Perdana (Third Secretary Counsellor), Yosia Indra Rhajinisha Sianturi (Local Staff) dan Trisunu (Local Staff) dari KBRI Kuala Lumpur.

Shukri berkata, penyerahan itu secara tidak langsung telah menggambarkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 atau talian 999 untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.22 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM 3

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

KUANTAN, 3 DISEMBER – Seorang wanita dari Pulau Tioman yang mengalami anemia simptomatik berjaya dipindahkan ke Hospital Rompin menerusi operasi Medical Evacuation (MEDEVAC) yang telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, permohonan bantuan diterima pada jam 10.00 pagi daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tekek bagi memindahkan pesakit, Rozanah Zainon, 46, yang mengalami symptomatic anemia akibat menorrhagia dengan bacaan hemoglobin yang rendah.

Hasil maklumat yang disalurkan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Pahang mengaturgerakkan bot PERKASA 1246 ke Pulau Tioman untuk membawa pesakit keluar ke tanah besar.

“Bot berkenaan tiba di Jeti Marina Tekek pada pukul 1.15 petang sebelum membawa pesakit yang ditemani seorang jururawat, suami dan dua anaknya ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading,” jelas beliau.

Setelah tiba di Teluk Gading pada pukul 1.50 petang, pesakit telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Rompin bagi menerima rawatan lanjut.

Maritim Malaysia menasihati orang ramai agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan di laut.

MEDEVAC KUANTAN2
 
MEDEVAC KUANTAN3
 
MEDEVAC KUANTAN4

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

TUMPAT, 4 DISEMBER – Maritim Negeri Kelantan bersama Kastam Diraja Malaysia (Unit Marin Pengkalan Kubor) hari ini mengadakan operasi bersama bagi memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan di perairan Kelantan serta Sungai Golok.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten (M) Erwan Shah Bin Soahdi, berkata inisiatif ini mencerminkan Kepimpinan Proaktif dan Inklusif, selaras dengan Teras Tujuh Ketua Pengarah APMM, selain memastikan kesiapsiagaan operasi di perairan negeri sentiasa optimum. Inisiatif rondaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan sentiasa terjamin.

Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama berkenaan turut memperkukuh tatakelola operasi serta jalinan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Kastam, meningkatkan keupayaan rondaan di kawasan tumpuan aktiviti maritim.

Program ini turut disertai Ketua Cawangan Penguatkuasaan, JKDM Pengkalan Kubor, Mohd Hafiz bin Baharudin, yang menegaskan komitmen JKDM dalam menyokong usaha bersepadu bagi memantapkan keselamatan perairan.

 

KASTAM KLN
 
KASTAM KLN2
 
KASTAM KLN4
 
KASTAM KLN5

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

LUMUT, 3 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Khas di sekitar kawasan persisiran pantai Perak, pada 1 dan 2 Disember lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan susulan maklumat risikan dan aduan awam yang diterima berkaitan aktiviti disyaki penyalahgunaan dadah.

“Seramai empat anggota Unit Risik Maritim Negeri Perak bersama lapan anggota AADK Daerah Manjung telah diatur gerak bagi melaksanakan pemantauan aktiviti penyalahgunaan dadah di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, sepanjang operasi tersebut, seramai 13 individu lelaki telah ditahan untuk saringan awal dan daripada jumlah itu, 12 individu telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut, manakala seorang individu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan selanjutnya.

“Individu yang terlibat berusia antara 19 hingga 61 tahun. Kes disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambah Shukri.

Maritim Malaysia dan AADK akan terus komited dalam melaksanakan operasi bersama bagi mengekang penyalahgunaan dadah serta memperkukuh pemantauan di kawasan pantai dan perairan yang berisiko tinggi.

Orang ramai, khususnya komuniti maritim, diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

OP BERSEPADU AADK2
 
OP BERSEPADU AADK3
 
OP BERSEPADU AADK4
 
OP BERSEPADU AADK5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC