18
Jum, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN CEROBOH SEMPADAN LAUT, 33 PATI DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MAYAT TERAPUNG DISYAKI MANGSA TERJUN JAMBATAN

ANGGOTA BOT KILAT 26 MENGANGKAT MAYAT YANG DIJUMPAI TERAPUNG

GEORGETOWN, 20 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan berkaitan penemuan mayat terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Aman lebih kurang jam 9.00 pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi bersama beberapa aset dari agensi sahabat.

Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas mayat mendapati, mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dari Pendang, Kedah yang disyaki terjun laut dari jambatan pertama Pulau Pinang pada 17 November lebih kurang jam 5.00 petang lalu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Perai untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.

Maritim Malaysia berterima kasih kepada agensi sahabat dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam yang turut serta membantu dalam kes penemuan tersebut.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah  daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

ALAMI DETIK CEMAS, DUA PEMANCING DISELAMATKAN

DUA PEMANCING YANG DISELAMATKAN

GEORGETOWN, 20 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan kecemasan daripada pengadu bersama rakan yang terperangkap di atas batu  ketika air pasang di kawasan Permatang Pasir, Pulau Betong sekitar jam 10.10 malam semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda PERKASA 1220 telah diatur gerak ke lokasi aduan dan setiba di sana anggota bot ronda Maritim Malaysia mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

Mangsa, Nizamudin bin Azam, 37, dan Mohamad Amirul Amin bin Azman, 28 telah ditemui dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban Maritim untuk pemeriksaan kesihatan.

Maritim Malaysia mengingatkan seluruh komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutamanya ketika keadaan laut yang bergelora dan cuaca yang tidak menentu.

Tangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah  daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

MAYAT TERDAMPAR DI PANTAI PULAU JEREJAK

MAYAT TERDAMPAR DI PULAU JEREJAK

GEORGETOWN, 3 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan mengenai penemuan satu mayat lelaki terdampar di pantai Pulau Jerejak sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dan menemui mayat yang lengkap berpakaian terdampar di pantai Pulau Jerejak.

Siasatan awal yang diterima daripada pihak Polis mendapati, mangsa dikenalpasti sebagai Teh Lee Cheok, 64, beralamat di Paya Terubong, Air Itam Pulau Pinang adalah mangsa kes terjun jambatan kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 28 Oktober yang lalu.

Sebelum ini Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) selama tiga hari sejak mangsa dilaporkan terjun jambatan bersama agensi sahabat namun mangsa gagal ditemui.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada Balai Polis Sungai Nibong untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk bedah siasat serta siasatan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah  daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

KRU BOT HANYUT DIJUMPAI TERAPUNG

MAYAT SEORANG KRU BOT HANYUT DIJUMPAI

GEORGETOWN, 16 November – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan mengenai penemuan satu mayat lelaki terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Jerejak sekitar jam 8.10 pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dengan bantuan nelayan tempatan yang berada di lokasi tersebut.

Semalam, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) berikutan menerima maklumat sebuah bot dijumpai terapung tanpa kru di perairan sangkar ikan Batu Maung lebih kurang jam 9.00 pagi semalam.

Mangsa yang ditemui dikenalpasti sebagai Muraley a/l Varathaiah, 54, beralamat di Taman Merak Jaya, Simpang Empat Pulau Pinang hasil pengesahan identiti mayat oleh ahli keluarga mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Batu Maung untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.

Pencarian seorang lagi mangsa masih diteruskan oleh agensi yang terlibat termasuk mendapat bantuan daripada beberapa buah bot komuniti nelayan setempat.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah  daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

1    2 

 

BOT HANYUT DIJUMPAI TANPA KRU

BOT HANYUT TANPA KRU - CARILAMAT DIAKTIFKAN

GEORGETOWN, 15 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat bagi menjejaki dua kru bot hanyut yang dijumpai berhampiran perairan sangkar ikan Batu Maung sekitar jam 9.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, pihaknya telah menerima panggilan telefon dari nelayan tempatan berhubung sebuah bot dijumpai hanyut tanpa kru berhampiran sangkar ikan batu maung sekitar jam 8.20 pagi tadi dan bot KILAT 26 diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mengesan bot tersebut.

Sebaik tiba di lokasi bot dengan nombor pendaftaran PPS 7216 telah ditemui berada disalah sebuah sangkar ikan Batu Maung yang dibawa oleh nelayan berhampiran bagi menggelakkan bot terus hanyut ke lokasi lain.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, bot tersebut dinaiki oleh Gunalan a/l Munusamy, 46, dari Bukit Tambun berdasarkan dokumen pengenalan diri yang dijumpai di atas bot dan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah dimaklumkan dan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 9.00 pagi.

Manakala hasil maklumat yang diterima dari pihak Polis Bukit Tambun, isteri mangsa yang hilang turut membuat laporan polis berhubung kehilangan suami beliau yang keluar ke laut bersama rakan bernama Muraley a/l Varathaiah, 53, lebih kurang jam 5.00 pagi tadi. Laporan dibuat setelah isteri beliau mendapat maklumat dari komuniti nelayan berkenaan bot yang dinaiki oleh suaminya dijumpai hanyut tanpa ada orang di dalamnya.

Bot kemudiannya ditunda oleh bot KILAT 26 ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya.

Maritim Malaysia ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan apa jua aktiviti semasa berada di laut .

Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

BOT2    BOT1 

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEAEX THAMAL SIRI 74/2026 PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MALAYSIA - THAILAND

KUANTAN, 12 September – Latihan bersama Malaysia–Thailand, SEAEX THAMAL Siri 74/2026 melabuhkan tirai hari ini selepas berlangsung selama enam hari sejak 6 September lalu, sekali gus memperkukuh kerjasama dan koordinasi operasi antara agensi keselamatan maritim kedua-dua negara.

Dilaksanakan di bawah inisiatif Combined Maritime Working Group (CMWG), latihan kali ini melibatkan lapan aset laut daripada Malaysia dan Thailand dengan tumpuan terhadap peningkatan kesiapsiagaan, interoperabiliti serta keupayaan bertindak secara bersama dalam menangani cabaran keselamatan maritim di perairan Teluk Siam, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat–Kelantan dan Laut China Selatan.

Malaysia diwakili KD HANDALAN dan KD SRI SABAH daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KM AMANAH daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta PA6 Pasukan Polis Marin. Thailand pula melibatkan HTMS THAYANCHON dan PGM-111 daripada Royal Thai Navy, RTMP 817 (Royal Thai Marine Police) serta PGM-995 (Thai-MECC).

Eksesais berkenaan telah dirasmikan pada 8 September di 2nd Naval Area Command (NAC2), Thailand oleh Commander 2nd NAC, Laksamana Muda Pisit Jaturaskornpat selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC), bersama Panglima MAWILA 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani selaku Pengerusi Bersama Malaysia (MJC).

Majlis penutup pula berlangsung pada 11 September di MAWILA 1, Kuantan dan disempurnakan oleh kedua-dua Pengerusi Bersama.

Maritim Malaysia diwakili Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku ketua delegasi, diiringi Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

SEAEX THAMAL bukan sekadar medan menguji keupayaan taktikal di laut, malah menjadi platform penting dalam membina persefahaman, meningkatkan koordinasi serta memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan maritim Malaysia dan Thailand.

Kerjasama berterusan seumpama ini penting dalam memastikan sebarang ancaman dan insiden di laut dapat ditangani secara lebih pantas, terselaras dan berkesan, seterusnya menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan perairan serantau.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC