10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

OP PERTIWI: LANGGAR SYARAT SAH LESEN, BOT TUNDA KELAS B1 DITAHAN

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, BOT TUNDA KELAS B1 DITAHAN

GEORGETOWN, 22 September– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 pada kedudukan 2.5 batu nautika barat Gertak Sanggul, pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di sekitar Perairan Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot berpangkalan di Batu Maung dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan dan dua kru warga Indonesia yang memiliki kad permaustatin tetap (MYPR) berumur lingkungan 49 hingga 56 tahun sedang menangkap ikan kurang daripada 8 batu nautika.

Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan

Kesemua kru, bot serta 150 kilogram ikan pelbagai jenis dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus memantau aktiviti pelanggaran syarat sah lesen ini oleh nelayan tempatan dari semasa ke semasa termasuk lain-lain aktiviti haram dan meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan bagi pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

 WhatsApp Image 2022 09 22 at 4.27.49 PM 1    WhatsApp Image 2022 09 22 at 4.27.49 PM 2

 

 

 

MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT PANCING BEROPERASI TANPA LESEN

KUALA SELANGOR, 19 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot pancing tiada nombor pendaftaran yang beroperasi tanpa lesen di Perairan Selangor.
Penahanan itu dibuat pada kedudukan 4.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot pancing tersebut ditahan ketika pasukan operasi Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP EHSAN dan OP BENTENG LAUT.
Hasil Pemeriksaan mendapati, bot pancing dikendalikan lima kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 40 hingga 57 tahun. Bot, tekong dan kru dibawa ke Jeti Polis Marin Pelabuhan Klang Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan tekong tiada sijil perakuan kekompentenan membawa bot daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.
Maritim Malaysia mengingatkan pemilik dan tekong bot supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.
Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
 
p1   p3
     
p2    
 

ZON MARITIM KUALA KEDAH RAMPAS 65 SET BUBU NAGA

KUALA KEDAH, 20 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 65 set bubu kambang atau bubu naga (China prawn net trap) dalam dua siri pemantauan Op Aman sekitar perairan Yan dan Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, rampasan pertama berjumlah 37 unit bubu naga dilakukan pada 16 ogos lepas di kedudukan 4.4 batu nautika barat muara Kuala Kedah.

Rampasan kedua telah dilakukan semalam dengan merampas 28 unit bubu naga di dua lokasi berbeza sekitar perairan Singkir Laut dan Pulau Bunting, Yan yang juga antara lokasi hotspot aduan setakat ini.

Operasi pemantauan diadakan secara berkala ini berikutan aduan awam yang diterima oleh pihak Maritim Malaysia memandangkan penggunaan bubu naga masih menjadi pilihan segelintir komuniti nelayan di lokasi terbabit.

Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai RM 7,800 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

WhatsApp Image 2022 08 20 at 8.43.29 AM  WhatsApp Image 2022 08 20 at 8.43.29 AM 2

MARITIM MALAYSIA IRING KAPAL LAYAR YANG KEROSAKAN ENJIN KE SEMPADAN PERAIRAN NEGERI PERAK

SABAK BERNAM, 16 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah mengiringi sebuah kapal layar Lotus Mantra sehingga ke sempadan perairan Negeri Perak, petang tadi kerana mengalami kerosakan enjin akibat kebakaran di bilik jenteranya ketika belayar di perairan Sabak Bernam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 2.00 pagi kerana kapal tersebut akan meneruskan pelayaran ke Pulau Pangkor dengan menggunakan layar sementara menunggu bantuan khidmat bot tunda untuk memasuki Pangkor Marina Malaysia (PMM) untuk pembaikan.
Bot PERKASA 35 telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan dan seterusnya mengiringi kapal layar tersebut sehingga memasuki sempadan Negeri Perak bagi memastikan keselamatan kesemua penumpangnya. 
Berikut adalah maklumat para penumpang yang menaiki kapal berkenaan;
1.Nama :  Mark Dragan
Jantina :  Lelaki
Warganegara :  United States of America
Umur : 55 tahun
2.Nama :  Hasslan Nasir
Jantina :  Lelaki
Wargenegara :  Malaysia
Umur : 62 tahun
3.Nama :  Zanarita Nasir
Jantina :  Perempuan
Warganegara :  Malaysia
Umur : 51 tahun
Pada jam 2.15 petang, bot PERKASA 35 ditugaskan untuk mengiringi kapal layar Lotus Mantra yang telah ditunda sehingga ke sempadan Perairan Perak dengan selamat.
Maritim Malaysia selaku agensi yang bertanggung jawab dalam menyelamatkan harta benda dan nyawa, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.
Selain itu, orang ramai dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, terutamanya cakna dengan keadaan cuaca.
Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
 
4L   3L
     
1L   2L
 

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN KERANA MENANGKAP IKAN DI LUAR ZON YANG TELAH DITETAPKAN

BINTULU, 12 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan dua vesel nelayan tempatan disyaki telah melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran iaitu menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan seperti yang ditetapkan di dalam buku lesen. Kedua-dua vesel nelayan tersebut masing-masing ditahan pada jarak lebih kurang empat dan lima batu nautika dari Pantai Samalaju, Bintulu pada 6 september, sekitar jam 6.30 pagi, selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Bin Saad berkata, vesel nelayan tersebut ditahan ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan secara menunda. Tangkapan dibuat atas aduan daripada komuniti nelayan setempat kerana terdapatnya segelintir vesel nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai dan merosakkan peralatan menangkap ikan bagi nelayan-nelayan kecil khususnya nelayan pesisir pantai.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong. Dua orang tekong termasuk semua kru adalah warga Indonesia berumur dalam lingkungan 28 hingga 77 tahun dan kesemua kru tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu passport.

Maritim Malaysia turut menyita dua vesel, peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda, beserta 150 kilogram ikan campur yang dipercayai baru ditangkap.

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Kedua-dua vesel tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut serta mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim bagi melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2022 09 12 at 7.50.56 PM    WhatsApp Image 2022 09 12 at 7.50.58 PM 

Lebih banyak artikel..

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC