02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM NEGERI JOHOR GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK KRETEK PELBAGAI JENAMA

JOHOR BAHRU, 29 Disember 2022 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor berjaya menumpaskan cubaan seludup masuk rokok kretek disyaki dari negara jiran di perairan Pontian awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, rampasan itu dilakukan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP JAKSA dan OP KHAS SAPU AIR 2022 yang telah mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan di pesisir pantai Teluk Kerang, Pontian pada jam 1.30 pagi.

Hasil pemeriksaan awal menemukan, lima kotak dipercayai mengandungi rokok kretek berada di atas bot fiber berwarna biru dan enam kotak lagi berada di tepi pantai Teluk Kerang.

Manakala 29 kotak lagi ditemukan dalam sebuah van putih model Toyota yang ditinggalkan dipercayai mengandungi rokok kretek hasil pemeriksaan lanjut di sekitar pantai lokasi operasi. Kesemua rokok kretek disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.

Bot fiber berserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda, van dan 40 buah kotak rokok disita sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor Sungai Pulai untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.Hasil keseluruhan nilai rampasan rokok termasuk bot fiber berserta enjin dan van dianggarkan bernilai lebih RM 500 ribu. Maritim Negeri Johor sentiasa akan memastikan perairan di negerinya bebas daripada sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.

 

 WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.55 PM WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.55 PM 1 
 WhatsApp Image 2022 12 29 at 6.49.56 PM  
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC