17
Kha, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

KAPAL BERLABUH TANPA KEBENARAN DITAHAN LAGI

KOTA TINGGI, 22 Oktober - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) berjaya menahan sebuah kapal jenis Motor Tanker (MT) kerana berlabuh tanpa kebenaran di Perairan Johor Timur hasil dari maklumat awam tengahari semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal dengan tanda nama ''ERICA 10" dengan ukuran panjang 112 meter berdaftar di Jakarta, Indonesia telah ditahan pada kedudukan 13.5 batu nautika (bn) Timur Tanjung Penawar, pada jam sekitar 12.10 tengahari kerana tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh dalam Perairan Malaysia.

Menurut Zulfadli, ERICA 10 yang dikendalikan oleh 20 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 22 hingga 53 tahun warganegara Indonesia akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Zulfadli menjelaskan, ini merupakan penahanan kelima sepanjang sebulan yang lalu di sekitar Perairan Beting Timur, Tompok Utara dan Beting Ramunia yang berada di antara 7 ke 20 bn Timur Tg Penawar melibatkan kesalahan yang sama di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Penahanan ini juga sebahagian langkah-langkah pencegahan kejadian kecurian ke atas kapal dan rompakan di laut memandangkan Maritim Malaysia telah menerima enam aduan sedemikian di Perairan Timur Negeri Johor yang dipanjangkan melalui International Maritime Bureau (IMB).

''Diingatkan juga bahawa Perairan Permatang Timur (Eastern Bank), Beting Ramunia (Ramunia Shoal) dan Tompok Utara (North Patch) masih berada dalam Perairan Wilayah Malaysia dan bukannya Perairan Antarabangsa walaupun jaraknya melebihi 12 batu nautika daripada daratan terdekat. Amaran demi amaran kita telah berikan samada melalui IMB Piracy Alert dan juga Navigational Telex (NAVTEX)” jelas beliau.

Maritim Malaysia juga ingin menegaskan supaya kapal-kapal di kawasan tersebut supaya mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia atau segera beredar kerana operasi akan digiatkan dari masa ke semasa.

WhatsApp Image 2019-10-22 at 8.47.08 AM 1

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili 

 

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC