17
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

S1 Bagaimanakah cara saya boleh menyertai APMM?
J1 Pengambilan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon yang berminat boleh mengisi Borang SPA8i melalui laman web http://www.spa.gov.my untuk permohonan jawatan (sepanjang masa). APMM tidak membuat pengambilan secara terus.  Pengambilan adalah di bawah tanggungjawab SPA sepenuhnya.
 
S2 Apakah peranan utama APMM?
J2 Peranan utama APMM adalah seperti yang terkandung di dalam misi agensi iaitu untuk menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara.
 
S3 Apakah kawasan perairan yang berada di bawah pengawasan APMM?
J3 Kawasan yang berada di bawah pengawasan APMM adalah di dalam Zon Maritim Malaysia.
 
S4 Di manakah Wilayah APMM berada di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak?
J4 APMM mempunyai 10 pejabat Negeri maritim iaitu di Perlis dan Kedah, Perak dan Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.  APMM juga mempunyai pejabat daerah dan pangkalan-pangkalan di lokasi tertentu di seluruh persisiran pantai Malaysia.
 
S5 Apakah Piagam Pelanggan bagi APMM?
J5 Sila klik di sini untuk melihat Piagam Pelanggan APMM.
 
S6 Ada berapa jenis kapal yang dimiliki oleh agensi ini?
J6 APMM mempunyai 10 jenis kapal dan bot iaitu Kelas Marlin, Kelas Sipadan, Kelas Langkawi, Kelas Malawali, Kelas Gagah, Kelas Penggalang, Kelas Peninjau, Kelas Pelindung, Kelas Penyelamat dan Kelas Kilat.
 
S7 Apakah sistem pangkat yang dipakai oleh APMM?
J7 Sistem pangkat APMM dikelaskan mengikut jenis pegawai iaitu Laksamana Maritim, Laksamana Madya Maritim, Laksamana Muda Maritim, Laksamana Pertama, Kepten Maritim, Komander Maritim, Leftenan Komander Maritim, Leftenan Maritim, Leftenan Madya Maritim, Leftenan Muda Maritim, Pegawai Waran I, Pegawai Waran II, Bintara Kanan, Bintara Muda, Laskar Kanan, Laskar Kelas I, Laskar Kelas II.
 
S8 Mengapakah APMM ditubuhkan?
J8 Sebelum penubuhan APMM, terdapat 8 buah agensi maritim yang melaksanakan penguatkuasaan lebih daripada 100 undang-undang persekutuan, perjanjian dan peraturan.  Lapan agensi ini adalah TLDM, TUDM, Polis Marin, KDRM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen.  Bagi mengatasi pertindihan fungsi, bidang kuasa, kawasan operasi dan pembaziran kegunaan sumber, maka APMM ditubuhkan.  Disamping itu, tugas koordinasi penguatkuasaan di laut dapat ditingkatkan.
   
 S9 Adakah Pengurusan APMM Mengambil Bekas Tentera Laut Secara Lantikan Kontrak Sekarang?
 J9 Ketika ini, pelawaan dibuka kepada Bekas/Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)/Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengisi jawatan secara lantikan kontrak jawatan-jawatan seperti berikut: 1. Leftenan Komander Maritim Gred X20 2. Leftenan Maritim Gred X17 Syarat-syarat permohonan: Mempunyai pangkat yang setara dengan jawatan di atas sebelum bersara atau tamat tempoh perkhidmatan tauliah jangka pendek. Mempunyai markah 80% ke atas bagi LNPT tiga tahun berturut-turut sebelum bersara/tamat perkhidmatan. Bebas daripada tindakan tatatertib. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan dan pendakwaan, Pegawai Pemerintah Kapal atau juruterbang/Pelatih Juruterbang (Helikopter).
   
 S10 Apakah Jawatan yang ditawarkan dalam Maritim Malaysia dan tangga gaji yang ditawarkan?
 J10 Sila klik di sini untuk melihat lebih Lanjut Jawatan yang ditawarkan beserta tangga gaji :
1) Pegawai Penguatkuasa Maritim Gred T13
2) Bintara Muda Maritim Gred T5 
3) Laskar Kelas II Maritim Gred T1
   
 S11 Apakah peranan dan  tanggungjawab Maritim Malaysia ?
 J11 Antara peranan dan tanggungjawab Agensi ini adalah :
i.    Menguatkuasa undang2 dan ketenteraman Persekutuan 
ii.   Mencari dan menyelamat 
iii.  Mencegah perlakuan jenayah 
iv.  Membantu pasukan keselamatan lain dlm membenteras jenayah 
v.   Menjalankan pengawasan udara dan pantai 
vi.  Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi yg memerlukan 
vii. Menubuh dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai maritim 
viii.Pencegahan pencemaran maritim 
ix.  Pencegahan dan penyekatan perlanunan 
x.   Pencegahan dan penyekatan pengedaran dadah
   
 S12 Apakah Strategi Maritim Malaysia untuk mencapai Visi APPM iaitu menjadi Agensi Maritim Terbaik Di Dunia ? 
 J12 Maritim Malaysia mengimplementasi strategi berikut kearah mencapai visi menjadi antara agensi maritim yang terbaik didunia :
i.   Maritime Domain Awareness 
ii.  Visible Deterence 
iii. Swift responce 
iv. Ever present 
v.  Forward reaching 
vi. Maritime community cooperation
   
 S13 Di manakah Kawasan Pentadbiran dan Tanggungjawab Maritim Malaysia 
 J13 Kawasan tanggungjawab maritim Agensi di bahagikan kepada 5 wilayah iaitu Utara, Selatan, Timur, Sarawak dan Sabah. Seterusnya dibahagikan lagi kepada 18 daerah maritim iaitu DM1 hingga DM18. Untuk memantapkan lagi perintah kawalan dan keberkesanan fungsi dan tugas, kawasan daerah maritim tersebut diletak di bawah Wilayah Maritim masing-masing.

i.  Wilayah Maritim Utara : DM1, DM2 dan DM3 
ii. Wilayah Maritim Selatan : DM4, DM5, DM6 dan DM7 
iii.Wilayah Maritim Timur : DM8, DM9 dan DM10 
iv.Wilayah Maritim Sarawak : DM11, DM12 dan DM13 
v. Wilayah Maritim Sabah : DM14, DM15 dan DM16, DM17, DM18

Grid List

"TIADA KOMPROMI TERHADAP ANCAMAN DI PERAIRAN NEGARA," - MDN TEGAS KOMITMEN KERAJAAN MADANI PERKUKUH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 JUN – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman yang menggugat keselamatan, kedaulatan dan martabat negara, khususnya melibatkan jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta pencerobohan perairan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi ancaman terhadap perairan negara wujud, selagi itulah Kerajaan akan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memiliki kuasa, kapasiti dan sokongan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan secara berkesan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut beliau, keluasan Zon Maritim Malaysia yang meliputi lebih 556,000 kilometer persegi merangkumi laluan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan keselamatan maritim sebagai antara keutamaan utama negara.

“Perairan negara bukan sekadar laluan air, malah merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan negara. Justeru, Maritim Malaysia memainkan peranan sebagai benteng hadapan negara dalam memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan bebas daripada ancaman jenayah maritim,” katanya.

Saifuddin berkata, Kerajaan turut komited memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia menerusi pelaksanaan beberapa perolehan aset strategik bagi memastikan agensi itu sentiasa bersedia mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Menurut beliau, Maritim Malaysia dijangka menerima Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) pertama pada pertengahan tahun 2027, manakala kontrak perolehan MPMS kedua yang dimeterai pada 21 April 2026 dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Februari 2026 hingga Januari 2028.

Selain itu, Maritim Malaysia juga bakal menerima empat buah helikopter Agusta Westland AW189 pada tahun ini dengan pesawat pertama dijangka tiba pada Julai 2026, sekali gus meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan, rondaan maritim serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di seluruh Zon Maritim Malaysia.

Dalam menghadapi cabaran Krisis Tenaga Global 2026, beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan bekalan bersubsidi yang boleh menjejaskan kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat.

Melalui pelaksanaan Op TIRIS 4.0 Segmen Laut yang dilaksanakan secara bersepadu bersama PDRM-PPM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia yang bermula pada 16 Mac lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merekodkan 30 kes dengan nilai rampasan melebihi RM5.74 juta sehingga 1 Jun 2026.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan diesel, petrol dan barangan bersubsidi tidak diseleweng ke luar negara atau disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga mencerminkan sokongan padu Maritim Malaysia terhadap aspirasi Kerajaan MADANI dalam memerangi ketirisan serta menjamin kemakmuran negara” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan geopolitik global yang memberi kesan kepada laluan strategik antarabangsa seperti Selat Hormuz telah meningkatkan kepentingan Selat Melaka sebagai antara laluan perdagangan dan perkapalan paling penting di dunia.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia memikul tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan Selat Melaka dan perairan negara kekal selamat, teratur serta bebas daripada ancaman jenayah maritim demi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi negara dan serantau.

Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan seramai 254 warga Maritim Malaysia dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, “pengiktirafan tersebut bukan sekadar penghargaan kepada pencapaian individu, malah mencerminkan budaya kerja berprestasi tinggi yang terus menjadi tunjang kecemerlangan organisasi”.

Pada tahun 2025, seramai 390 warga Maritim Malaysia di seluruh negara telah dipilih sebagai penerima APC berbanding 372 orang pada tahun sebelumnya. Majlis tersebut turut dihadiri pengurusan tertinggi KDN dan Maritim Malaysia serta warga Maritim Malaysia.




hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC