23
Thu, Apr

20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 6 MEI - Sebanyak 20 set bubu naga atau bubu kamban (China Prawn Net Trap) dirampas Maritim Negeri Perak pada kedudukan sekitar 2.1 batu nautika dari barat Pantai Remis, Perak pada sekitar jam 12.45 tengah hari semalam.

Pengarah Maritimnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bubu ini dikesan oleh sepasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan rondaan dengan penemuan bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu mencurigakan di lokasi terbabit.

Bendera serta pelampung yang mencurigakan itu kemudian dirapati oleh pasukan bot ronda untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati bendera serta pelampung yang diikat pada pancang kayu berkenaan merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM2 ribu itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sekiranya didapati bersalah, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika sabit kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 06 at 6.27.45 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 06 at 6.27.46 PM

DSA & NATSEC ASIA 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Sejak dibuka kepada pelawat perdagangan, reruai Maritim Malaysia di DSA & NATSEC ASIA 2024 menerima kunjungan pelbagai pihak antaranya pemain industri pertahanan dan keselamatan dalam dan luar negara, media tempatan dan antarabangsa serta beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, YBhg Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Rata-rata pengunjung yang hadir ke reruai Maritim Malaysia diberi penerangan terperinci oleh Pegawai - Pegawai Kanan Maritim Malaysia yang bertugas.

Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi juga berkesempatan merasai pengalaman menggunakan peranti 'Virtual Reality' yang memaparkan beberapa babak sebenar operasi penguatkuasaan dan CARILAMAT Maritim Malaysia.

 

DSA APMM 2 2
 
DSA APMM 2 5
 
DSA APMM 2 6
 
DSA APMM 2 7

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP 'INFOTAINMENT' PAMER KEHEBATAN

KUALA LUMPUR, 5 MEI – Bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC)  Asia 2024, Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia (Maritim Malaysia) untuk penyertaan kali ke tiga bakal menampilkan konsep infotainment  atau maklumat hibur pengoperasian Agensi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 6 hingga 9 Mei nanti.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, melalui konsep ini pengunjung reruai Maritim Malaysia akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman sebagai anggota penguat kuasa Agensi yang terlibat dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot seperti force boarding serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dari udara menggunakan kaedah winching melalui penggunaan Virtual Reality (VR).

Beliau turut berkata, sempena pameran kali ini Maritim Malaysia turut membawakan beberapa model kapal termasuk replika Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang mula beroperasi pada awal tahun ini selain aset udara untuk dipertontonkan secara terus kepada pengunjung yang berada di MITEC.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan persiapan akhir reruai Maritim Malaysia di MITEC hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Ahmad Omar.

Dalam pada itu, Datuk Saiful turut menjangkakan reruai Maritim Malaysia bakal menarik perhatian pengunjung dengan penampilan pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dengan pakaian Army Combat Uniform (ICU) dan Black Multicam bersama-sama senjata jenis rifle HK 416, HK UMP dan pistol HK SFP9 SF di samping juruterbang pesawat Maritim Malaysia yang berpakaian lengkap untuk tugasan penerbangan serta pegawai Maritim Malaysia dalam pakaian lengkap untuk operasi di perairan negara.

Terdahulu beliau memaklumkan penyertaan Maritim Malaysia sempena DSA NATSEC 2024 adalah bagi mempamerkan keupayaan teknologi keselamatan Agensi serta kesiagaan Malaysia dalam aspek keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), serta memberi peluang kepada organisasi untuk membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri.

 

APMM DSA   APMM DSA 2   APMM DSA 3   APMM DSA 6

DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) dari 6 hingga 9 Mei ini bakal menjadi medan penting kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengintai teknologi terkini yang boleh digunakan dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Antara yang menarik perhatian ialah teknologi terkini perkapalan, sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan amunisi serta sistem teknologi marin terkini yang dipamerkan oleh syarikat-syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan dan keselamatan utama dunia seperti Turkiye, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan serta banyak lagi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menjelaskan, keupayaan sistem dan senjata terkini menarik perhatian Maritim Malaysia seiring fokus yang terkandung di dalam Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2023 - 2033 dalam memperkukuhkan penguatkuasaan undang- undang dan pemantapan kawalan keselamatan sempadan maritim.

Melalui penaiktarafan sistem dan persenjataan, Maritim Malaysia yakin akan mampu membanteras lebih banyak aktiviti jenayah maritim dengan kepelbagaian Modus Operandi yang semakin kompleks di mana ia mampu memberikan risiko kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti maritim.

Pada masa yang sama, DSA dan NATSEC 2024 akan memberi peluang kepada para pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia untuk melihat lebih dekat produk yang dipamerkan serta meneliti kesesuaian dengan pengoperasian Agensi ini.

Selain itu, pameran kali ini turut menjadi platform pertemuan bilateral antara Maritim Malaysia dengan agensi penguat kuasa maritim luar negara bagi membincangkan tentang Maritime Domain Awareness khususnya melalui non traditional security threats serta ancaman-ancaman terbaharu dalam bentuk keselamatan siber.

Ini berikutan terdapat kumpulan jenayah terancang kini semakin berani mempromosikan aktiviti mereka di platform media sosial seperti menyediakan perkhidmatan membawa masuk dan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini. Ia juga turut melibatkan jenayah-jenayah kewangan yang dikhuatiri membiayai aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia seperti penyeludupan dan pemerdagangan orang.

Bukan itu sahaja, DSA dan NATSEC 2024 turut membuka ruang kepada para pegawai Maritim Malaysia untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat dengan rakan sejawat agensi penguat kuasa maritim luar negara sekali gus merapatkan hubungan strategik antara Agensi.

 

DSA APMM 1 2
 
DSA APMM 1 3
 
DSA APMM 1 10
 
DSA APMM 1 6

DSA & NATSEC ASIA 2024 | BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN

KUALA LUMPUR, 5 MEI – Telah diadakan pagi tadi sesi Media ‘walkabout’ di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024 (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (NATSEC) melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Mitec, Kuala Lumpur, hari ini.

Program yang bertemakan “Membina Ketahanan Negara Untuk Generasi Masa Hadapan” ini juga memberikan fokus terhadap pembangunan industri pertahanan negara serta pengukuhan hubungan antarabangsa.

Melalui program itu, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim turut hadir bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN bagi mengiringi sesi ‘walkabout’ bersama menteri.

Seramai lebih 400 pengamal media tempatan dan antarabangsa dijemput dan berdaftar secara atas talian bagi memberikan pendedahan melalui tinjauan awal dan persiapan akhir reruai pameran aset-aset pertahanan negara.

Untuk rekod, DSA 2024 dan NATSEC Asia 2024 mencatatkan sebanyak 1,324 syarikat yang mengambil bahagian dengan penglibatan daripada 60 buah negara dan 34 pavilion kumpulan negara.

 

DSA 2024 2   DSA 2024 3   DSA 2024 4   DSA 2024

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON