23
Thu, Apr

MEDEVAC | KRU BOT CEDERA DI LAUT TERIMA BANTUAN KECEMASAN

KUALA KEDAH, 23 MEI – Zon Maritim Kuala Kedah melaksanakan evakuasi perubatan (MEDEVEC) ke atas seorang kru bot nelayan tempatan yang mengalami kecederaan putus sebahagian jari kelingking kerana terkena pukat pada jam 1.00 petang tadi.

Pengarahnya, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah menerima panggilan telefon oleh pengadu yang dikenali sebagai Ridzuan memaklumkan bahawa, mangsa tidak sedarkan diri ketika mengalami kecederaan.

Susulan itu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengkoordinasikan MEDEVAC dan bot Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi mangsa yang ketika tu dalam perjalanan balik di kedudukan 9.0 batu nautika Barat Daya Muara Kuala Kedah.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke bot Maritim dan dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah sebelum dibawa menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Maritim Malaysia menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitik beratkan faktor keselamatan diri ketika melakukan aktiviti perikanan di laut dengan memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik, dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 untuk maklum balas segera.

 

MEDEVAC KELINGKING 2
 
MEDEVAC KELINGKING 3
 
MEDEVAC KELINGKING 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON