23
Thu, Apr

TANGGUK SIPUT SECARA HARAM, DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

KUALA PERLIS, 22 MEI – Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua bot nelayan tempatan Kelas A pada dua operasi berasingan iaitu di kedudukan 2.8 batu nautika dari barat muara Kuala Sanglang, pada lewat malam semalam dan sebuah lagi bot ditahan pada kedudukan 1.46 batu nautika dari barat daya Kuala Sanglang pada awal pagi tadi.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, meskipun rondaan kerap dilakukan namun aktiviti menangkap siput secara haram masih berlaku walaupun dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan.

Penahanan dibuat berikutan beberapa aduan yang diterima mengenai aktiviti penangkapan siput itu di sekitar perairan Kuala Perlis.

Hasil daripada maklumat, bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk pemeriksaan ketika melakukan OP AMAN di sekitar perairan Kuala Perlis.

Kedua-dua tangkapan mempunyai taktik yang sama iaitu melakukan aktiviti menangkap siput retak seribu dalam keadaan gelap dan ini menyebabkan pukat-pukat yang dipasang nelayan tempatan rosak dan mengalami kerugian yang banyak.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot masing-masing dikemudikan oleh seorang tekong dan empat awak-awak warga tempatan berumur 34 hingga 54 tahun bagi tangkapan pertama dan lima awak-awak juga warga tempatan, berumur 29 hingga 52 tahun bagi tangkapan kedua.

Kedua-dua bot nelayan itu berpangkalan di Kuala Kedah disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat lesen serta Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Bagi tangkapan pertama, bot dan hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM53 ribu manakala bagi tangkapan kedua dianggarkan juga bernilai lebih RM53 ribu menjadikan kesemua nilai tangkapan melebihi RM100 ribu.

Kedua-dua tangkapan bersama 11 orang yang disyaki (OYDS) diiringi ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 / 04-9851162 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

SIPUT KEDAH 3   SIPUT KEDAH 5
     
SIPUT KEDAH 2   SIPUT KEDAH
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON