13
Sat, Jun

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 25 SET BUBU NAGA

LUMUT, 28 MEI – Sebanyak 25 set bubu naga atau bubu kamban dirampas Maritim Negeri Perak di kedudukan sekitar 0.7 batu nautika dari timur laut Pulau Talang kira-kira pada jam 5.40 petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kesemua bubu itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika rondaan melalui penemuan bendera serta botol minuman yang dijadikan pelampung yang diikat pada pancang kayu di lokasi itu.

Tinjauan secara dekat mengesahkan objek yang terapung itu merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dianggarkan bernilai hampir RM2 ribu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan berkenaan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat terhadap pelanggaran undang-undang di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 28 at 1.49.06 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 28 at 1.49.06 PM 1

PEMANGKU KP MARITIM MALAYSIA MENGHADAP SEMBAH TAKLIMAT KE BAWAH DULI YDP AGONG

KUALA LUMPUR, 27 MEI – Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah diterima menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Pada majlis berkenaan, Datuk Saiful Lizan telah dititahkan menyampaikan taklimat komprehensif kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman perairan negara.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria.

Hasil taklimat yang disampaikan, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengambil perhatian serius tentang keperluan Maritim Malaysia dalam memperkasakan keupayaan Agensi demi keselamatan dan kesejahteraan perairan Zon Maritim Malaysia.

 

AGONG KP 2
 
AGONG KP 3

KM MALAWALI PERKASA PENGUATKUASAAN PERAIRAN NEGERI PERAK

LUMUT, 25 MEI – Maritim Negeri Perak telah menerima KM MALAWALI setelah kapal peronda itu selesai menjalankan pembaikan selama 12 bulan oleh pihak Limbungan Sumber Samudra Sdn. Bhd. di Teluk Intan, Perak.

Majlis itu disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KM MALAWALI, Leftenan Komander Maritim Nashrun bin Abdul Ghani dan wakil dari Limbungan Sumber Samudra Sdn. Bhd, Chee Cheong Sow di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak Selasa lalu.

Majlis berkenaan turut disaksikan Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob serta warga Maritim Negeri Perak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penerimaan KM MALAWALI ini bakal memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia khususnya di kawasan perairan negeri itu dalam usaha membanteras kesalahan di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Perak, Leftenan Komander Maritim Mohd Faiz bin Sujari.

 

KM MALAWALI 5
 
KM MALAWALI 3
 
KM MALAWALI 4
 
KM MALAWALI 2

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN SEBUAH BOT NELAYAN KELAS B LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 27 MEI – Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 2.1 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, dekat sini pada jam 11.45 malam semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, bot terbabit dikesan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia di sekitar perairan Perak.

Pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong serta dua kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 26 hingga 43 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu beroperasi kurang lima batu nautika dari pantai.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dalam anggaran 130 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 27 at 12.18.42 PM   WhatsApp Image 2024 05 27 at 12.18.40 PM
     
WhatsApp Image 2024 05 27 at 12.18.38 PM   WhatsApp Image 2024 05 27 at 12.18.42 PM 1

BOT NELAYAN ASING TANPA NOMBOR PENDAFTARAN BERSAMA 42 PATI DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 24 MEI – Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot nelayan asing Indonesia yang disyaki cuba membawa keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar dari perairan negara pada sekitar jam 1.10 tengah hari semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, KM DANGA melakukan penahanan ke atas bot nelayan asing itu pada kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika barat daya Tanjung Gabang, Morib dalam OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 3.0 .

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 42 individu yang dipercayai warga Indonesia iaitu 30 lelaki, 11 wanita dan seorang bayi lelaki

berusia satu tahun bersembunyi di bawah kanvas berwarna biru di dalam bot.

Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu melakukan penyeludupan migran dan keluar daripada Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan.

Kesemua yang ditahan bersama bot dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor, sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 05 24 at 2.55.45 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 05 24 at 2.55.45 PM
 
WhatsApp Image 2024 05 24 at 2.55.44 PM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON