LUMUT, 25 MEI – Maritim Negeri Perak telah menerima KM MALAWALI setelah kapal peronda itu selesai menjalankan pembaikan selama 12 bulan oleh pihak Limbungan Sumber Samudra Sdn. Bhd. di Teluk Intan, Perak.
Majlis itu disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KM MALAWALI, Leftenan Komander Maritim Nashrun bin Abdul Ghani dan wakil dari Limbungan Sumber Samudra Sdn. Bhd, Chee Cheong Sow di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak Selasa lalu.
Majlis berkenaan turut disaksikan Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob serta warga Maritim Negeri Perak.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penerimaan KM MALAWALI ini bakal memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia khususnya di kawasan perairan negeri itu dalam usaha membanteras kesalahan di Zon Maritim Malaysia (ZMM).
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Perak, Leftenan Komander Maritim Mohd Faiz bin Sujari.













