13
Sat, Jun

KDN PASTIKAN ASET MARITIM MALAYSIA DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA, 23 MEI – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memberikan perhatian kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) khususnya melalui peningkatan aset-aset Agensi dalam memperkasakan keselamatan perairan negara.

Jelas beliau, tugasan mengawal perairan Zon Maritim Malaysia bukan sahaja memerlukan dedikasi pasukan tetapi keupayaan logistik perlu dipertingkatkan supaya penguatkuasaan undang-undang di laut dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan KDN bagi bulan Mei 2024.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN serta ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian termasuk Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Datuk Seri Saifuddin dalam ucapan yang sama turut berharap setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian ini dapat bergerak dalam acuan yang telah ditetapkan agar perancangan seperti projek pembangunan jabatan dan agensi di bawah Kementerian dapat disiapkan seperti dirancang.

Terdahulu pada majlis yang sama, Datuk Haji Ruji dalam ucapan aluan beliau menegaskan setiap pegawai yang bertugas di bawah jabatan dan agensi perlu menekankan integriti dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

Penegasan ini seiring dengan hasrat Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim agar seluruh penjawat awam meningkatkan integriti di samping mengelakkan daripada berlaku sebarang ketirisan dalam urusan kerajaan.

Pada majlis berkenaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selaku tuan rumah penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan KDN kali ini turut melancarkan Kempen Antidadah ‘Takyah Taknak’ yang telah disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin.

 

WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.51.57 AM   WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.51.54 AM
     
WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.51.56 AM   WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.51.59 AM
     
WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.52.00 AM   WhatsApp Image 2024 05 23 at 11.52.02 AM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON